Cara Mohon Skim Khairat Kematian BKM RM1,000 Untuk Semua Penerima BKM

Penerima Bantuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku sebarang kematian. Tuntutan boleh dibuat oleh waris yang layak di pejabat LHDN dengan  mengemukakan beberapa dokumen yang dinyatakan.

Sebab itulah penting untuk anda isi maklumat waris dalam borang permohonan online BKM yang dibuka sehingga 31 Januari 2022. Waris tersebut boleh buat tuntutan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini. Tarikh tuntutan Skim Khairat Kematian BKM dibuka mulai 15 April 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Khairat Kematian (SKK) BKM dan cara buat tuntutan.

JUMLAH SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Waris penerima BKM yang layak akan menerima bantuan SKK sebanyak:

  • RM1,000

Baca juga: Cara Buat Tuntutan Khairat Kematian Sehingga RM2,000 Pendeposit ASNB

TUJUAN MAKLUMAT WARIS DALAM PERMOHONAN BKM 2022

Tujuan maklumat waris diisi dalam permohonan BKM 2022 adalah:

  • Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika pemohon/ pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia; atau
  • Wakil bagi penunaian BKM 2022

Baca juga: Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM2,500 Pencarum KWSP

INDIVIDU YANG BOLEH DIDAFTARKAN SEBAGAI WARIS

Wakil yang layak didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    – Anak Kandung
    – Anak Tiri
    – Anak Angkat
  • Adik Beradik

SYARAT KELAYAKAN SKK

Penerima BKM yang layak membuat tuntutan Skim Khairat Kematian BKM adalah:

  • Permohonan berstatus LULUS BKM 2022 bagi kategori:
    i) Kahwin
    ii) Ibu atau Bapa Tunggal/ Bali/ Janda/ Duda yang mempunyai anak
    iii) Warga Emas Bujang/ Tiada pasangan
    iv) Tempoh meninggal dunia 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022
  • SKK layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi pemrohonan status Kahwin dan pasangan adalah warganegara Malaysia ) yang meninggal dunia
  • Pasangan buki warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK

WAKIL YANG BOLEH TUNTUT SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Sekiranya penerima BKM meninggal dunia, waris yang LAYAK untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian adalah:

  • Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022; atau ii.
  • Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.

Ya, jika anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan / anak / adik-beradik / cucu yang menetap di Malaysia.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Tuntutan Skim Bantuan Kematian boleh dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Kad pengenalan asal wakil
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil

Baca juga: 11 Jenis Tuntutan Khairat Kematian Yang Waris Boleh Tuntut Apabila Berlakunya Kematian

CARA BUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN BKM

Dah ada dokumen yang dinyatakan di atas, tuntutan Skim Bantuan Kematian boleh dibuat dengan:

  • Hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bersama dokumen; Atau
  • Hadir ke LHDN untuk pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Skim Khairat Kematian (SKKM) BKM, anda boleh hubungi talian hotline BKK LHDNM di 1 800 88 2747 atau BKK MoF di 03 8882 4565/ 03 8882 4566.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma