Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

SAVE: 2 Kaedah Tebus Rebat RM500 Bagi Isi Rumah Untuk Pembelian Barangan Elektrik

Oleh Cikgu Shaari • January 7, 2022 • 3 min baca

SAVE: 2 Kaedah Tebus Rebat RM500 Bagi Isi Rumah Untuk Pembelian Barangan Elektrik
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE), kira-kira lebih 80,000 isi rumah yang merupakan mangsa banjir akan mendapat rebat RM500 untuk pembelian barangan elektrik secara dalam talian di platform-platform tertentu. Bantuan rebat ini diumumkan oleh Perdana Menteri dengan matlamat untuk meringankan beban isi rumah yang terkesan akibat banjir.

Individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE dan platform-platform online yang telah ditetapkan. Jika barang bernilai RM1,000 mereka hanya perlu bayar RM500 sahaja dengan rebat ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut inisiatif yang ditawarkan dan cara buat pembelian dengan rebat tersebut.

REBAT RM500 BARANGAN ELEKTRIK

Di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency’ (SAVE), kira-kira lebih 80,000 isi rumah yang merupakan mangsa banjir akan mendapat:

  • Rebat RM500
  • Untuk pembelian barangan elektrik

Contohnya barang bernilai RM1,000 mereka perlu bayar RM500 sahaja.

TARIKH PELAKSANAAN INISIATIF REBAT SAVE RM500

SEDA Malaysia akan mengumumkan perincian lanjut mengenai inisiatif rebat berkenaan pada 7 Januari 2022, merangkumi mekanisma tebusan barangan dan jenis barangan.

  • Tarikh pembelian: Mulai 7 Januari 2022

PLATFORM TERPILIH UNTUK PEMBELIAN

Seperti yang dimaklumkan, individu yang layak boleh membuat pembelian barangan elektrik dengan rebat tersebut di:

  • 1,400 premis berdaftar di bawah SAVE; atau
  • Platform e-dagang
    – Lazada
    – Shopee
    – PGMall

NADMA akan keluarkan dokumen pengesahan bagi memudah cara urusan pembelian.

SIAPA YANG LAYAK?

Rebat RM500 ini akan diberikan kepada individu yang layak sahaya, iaitu:

  • Mangsa banjir yang telah disenaraikan oleh pihak Kerajaan Malaysia
  • Terlibat banjir tidak kira di negeri mana
  • Kira-kira 80,000 ketua isi rumah layak terima rebat ini (Jumlah penerima akan dikemaskini dari masa ke masa)
  • Membeli peralatan elektrik kegunaan harian utama yang mempunyai label keselamatan oleh SIRIM – Suruhanjaya Tenaga.

SEDA Malaysia akan mengumumkan perincian lanjut mengenai inisiatif rebat berkenaan pada 7 Januari 2022, merangkumi mekanisma tebusan barangan dan jenis barangan. Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan dan penebusan rebat ini akan dimaklumkan kemudian.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Maklumat dan dokumen yang diperlukan untuk permohonan dan menebus Program Bantuan Banjir Keluarga Malaysia : Pembelian Peralatan Elektrik Domestik adalah:

  • Salinan kad pengenalan
  • Akaun bil elektrik domesti TNB yang sah; dan
  • Dokumen sokongan berkaitan mangsa banjir (salh satu salinan asal laporan dariapda agensi berikut:
    – Polis
    – NADMA
    – Pegawai Daerah
    – Surat sokongan dari Ketua Komuniti (JKKK, JMB / JMC, Persatuan Penduduk, dll); atau

    – Agensi kerajaan yang terlibat dengan penyelarasan bantuan mangsa banjir.

2 KAEDAH PENEBUSAN

Teradpat 2 kaedah disedia untuk pengguna mendapatkan rebat yang ditawarkan iaitu:

  1. Pembelian dan penebusan di Kedai atau Pasar raya Berdaftar; atau
    – Semak SENARAI KEDAI BERDAFTAR UNTUK TEBUS
  2. Pembelian secara dalam talian (e-dagang – Shopee/ Lazada/ PGMall

Kedua-dua kaedah ini beroperasi menggunakan platform SAVE oleh pekedai termasuk yang di dalam talian. Pastikan anda bawa bersama dokumen yang diperlukan di atas untuk pembelian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ditawarkan, anda boleh rujuk FAQ Penuh di http://www.seda.gov.my/.

 

NAK CARI BARANGAN ELEKTRIK?

Pastikan anda beli barangan melalui kedai yang dipercayai sahaja ya! Untuk pembelian melalui Shopee, anda boleh rujuk di kedai-kedai berikut:

 

 

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.