Tawaran Diskaun, Bantuan RM300 Untuk Pembersihan & Tunda Kenderaan Buat Pengguna Proton Terlibat Banjir

Berita baik buat pengguna kereta Proton yang terlibat dengan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini! Memahami masalah ramai pengguna yang mengalami masalah kenderaan terjejas akibat banjir, Proton menawarkan diskaun dan bantuan caj pengecualian buat pemilik kenderaan Proton!

Tawaran ini disediakan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pelanggan ketika bencana itu. Pengguna Proton yang ingin dapatkan tawaran ini boleh dapatkan segera! Bukan sahaja Proton, Perodua juga ada memberi tawaran hebat kepada pengguna yang menjadi mangsa banjir. Nak tahu tawaran Perodua, baca DI SINI

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan mangsa banjir buat pengguna Perodua dan panduan untuk mendapatkan tawaran ini.

TAWARAN BANTUAN PROTON

Antara tawaran hebat oleh Proton buat pemilik yang terlibat banjir adalah:

  • Diskaun 20% bagi alat ganti tertentu
  • Diskaun 20% untuk caj buruh kepada pelanggan yang telah membuat laporan polis berhubung insiden itu
  • Proton akan menanggung caj tunda sebanyak sehingga RM200
  • Proton menanggung caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100

“Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan termasuk kereta mereka. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi jaminan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan syarikat.”

CARA DAPATKAN TAWARAN PROTON

Keadaan yang luar biasa memerlukan tindak balas yang luar biasa juga. Proton akan berusaha untuk memastikan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin. Pengguna Proton yang hendak menikmati faedah yang ditawarkan, anda boleh:

  • Terus ke pusat perkhidmatan Proton berhampiran

Untuk keterangan lanjut mengenai faedah yang ditawarkan, anda boleh hubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma