Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Bantuan Yayasan LTAT Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • December 17, 2021 • 2 min baca

Tawaran Bantuan Yayasan LTAT Untuk Pelajar IPTA Kini Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Arah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Yayasan LTAT kini membuka permohonan bagi Program Bantuan IPTA  kepada anak-anak anggota ATM yang dapat tawaran sambung belajar ke pengajian tinggi. Tawaran bantuan ini dengan matlamat untuk mengurangkan beban anggota ATM bagi memastikan anak-anak dapat menyambung pengajian ke peringkat tinggi.

Permohonan bagi bantuan oleh Yayasan LTAT ini boleh dibuat dengan menghantar borang permohonan bersama dokumen-dokumen yang dinyatakan ke alamat yang ditetapkan sebelum 22 Februari 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran bantuan dan cara buat permohonan.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan mestilah dihantar kepada Jabatan Arah pendidikan ATM pada atau sebelum:

  • Tarikh tutup: 28 Februari 2022

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mendapat tawaran mengikuti program Pengajian Ijazah Pertama di Universiti Awam (IPTA) bagi sesi 2021/2022
  • Program pengajian Ijazah Pertama sepenuh masa
  • Tamat Pengajian SPM/ SPMV atau Asasi/ Matrikulasi dan STPM sahaja yang layak memohon
  • Berumur tidak melebihi 21 tahun
  • Bukan di kalangan pemegang Diploma/ Diploma yang ditawarkan Program penerapan/ Trek Pantas ke peringkat Ijazah pertama
  • Permohonan dari anak-anak anggota ATM yang sedang berkhidmat sahaja

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut;

  • 2 salinan kad pengenalan pemohon
  • 2 salinan penyata akaun SSPN-i PTPTN pemohon (jika ada)
  • 2 salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) yang diiktiraf oleh kerajaan
  • 2 salinan resit bayaran/ transaksi online yang telah disahkan oleh pihak Pejabat Bendahari Universiti
  • 2 salinan Slip keputusan SPM/ SPMV
  • 2 salinan Transkrip Akademik Asasi/ Matrikulasi / Slip keputusan STPM
  • 2 salinan My Tentera ibu/bapa atau penjaga
  • Jika anak angkat/ anak tiri hendaklah disertakan PERBAH II Pasukan

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin memohon bantuan ditawarkan, borang permohonan bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar kepada Jabatan Arah Pendidikan, Kementerian Pertahanan melalui alamat berikut:

  • Markas Angkatan Tentera Malaysia
    Bahagian Perkhidmatan Anggota
    Jabatan Arah pendidikan
    Kementerian Pertahanan
    Jalan Padang Tembah
    50634 Kualau Lumpur
    UP: Sel pendidikan Am
  • Email: selpendam@gmail.com

Pembayaran dermasiswa akan dikreditkan terus ke dalam akaun SSPN-i PTPTN pemohon. Bantuan dermasiswa adalah bergantung kepada kedudukan kewangan dan jumlah dana yang diterima daripada Syarikat Kumpulan LTAT. Semua dokumen yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan kepada pemohon.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.