Cara Mohon Jawatan MySTEP KPT Dengan Sijil SPM Melalui Email
Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Personel MySTEP.
Lepasan sekolah atau individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai kelayakan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mohon pengambilan MySTEP tahun 2022 yang kini dibuka. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar emel ke alamat yang dinyatakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran jawatan MySTEP AKEPT dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) KPT
- Nama jawatan: MySTEP
- Taraf jawatan: Sijil Pelajaran Malaysia
- Tempoh perkhidmatan: Januari hingga Disember 2022
- Tarikh tutup permohonan: 15 Disember 2021
- Gaji ditawarkan: RM1,600 sebulan
- Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit dan Perlindungan Sosial (Caruman KWSP dan PERKESO)
SYARAT KELAYAKAN
Calon yang berminat bagi lantikan jawatan ditawarkan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia
- Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi, penyuntingan dan reka bentuk bahan penerbitan (banner, bunting dan lain-lain)
- Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik
- Berketerampilan serta boleh bekerja secara berpasukan
RINGKASAN TUGAS
Berikut adalah ringkasan tugas sebagai Personel MySTEP di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) KPT:
- Bertanggungjawab mengambil dan menyunting foto program rasmi
- Bertanggungjawab membuat rakaman dan menyunting video program rasmi
- Membantu membuat reka bentuk bagi bahan-bahan penerbitan rasmi
- Lain-lain tugas berkaitan fotografi dan videografi
CARA MEMOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan segera selewat-lewatnya 15 November 2021. Permohonan boleh dibuat dengan kemukakan dokumen berikut:
- Resume
- CV
- Transkrip akademik
Kemukakan dokumen berikut ke alamat emel berikut:
- Pn Elia: elia.hamila@mohe.gov.my
- Pn. Zaryatie: zaryatie@mohe.gov.my / 06 7979507
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas 2 minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.