Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Cara Buat Laporan Kesalahan Trafik Melalui Emel Dengan Mudah

Oleh Cikgu Shaari • November 19, 2021 • 2 min baca

Cara Buat Laporan Kesalahan Trafik Melalui Emel Dengan Mudah
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggalakkan pengguna jalan raya membuat aduan kesalahan trafik sekiranya ada individu yang memandu dalam keadaan berbahaya terutama musim perayaan secara langsung kepada agensi penguatkuasa melalui emel.

Tujuan buat laporan kesalahan trafik ini bukan untuk menganiaya orang ya! Jangan salah faham, laporan ini penting untuk keselamatan kita dan pengguna jalan raya lain. JPJ juga mengharapkan pengguna yang ingin membuat aduan agar turut sama memberikan maklumat mengenai kesalahan dilakukan pengguna, tarikh dan nombor kenderaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara buat laporan kesalahan trafik melalui emel dengan mudah.

KESALAHAN YANG BOLEH DILAPORKAN

Antara kesalahan yang boleh dilaporkan adalah:

  • Menyalahgunakan lorong kecemasan
  • Mengekori kenderaan lain terlalu rapat
  • Memotong barisan
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Memandu dalam keadaan berbahaya

CARA BUAT LAPORAN KESALAHAN TRAFIK

Berikut adalah panduan membuat laporan kesalahan trafik sekiranya anda ada bukti:

  1. Hantarkan emel laporan kepada aduantrafik@jpj.gov.my
  2. Masukkan butiran pengadu:
    i) Nama penuh
    ii) Alamat surat menyurat
    iii) Nombor kad pengenalan
    iv) Nombor telefon
  3. Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
    i) Laporan ringkas: aduan
    ii) Tarikh/ masa
    iii) Tempat kejadian
    iv) Jenis kenderaan
    v) Nombor pendaftaran kenderaan
    vi) Salinan foto, video atau dokumen berkaitan
  4. JPJ akan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan untuk membuat keterangan lanjut berhubung dengan kesalahan yang dilakukan
  5. Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan

Orang ramai yang dapati ada pengguna kenderaan dengan nombor pendaftaran ‘fancy’ juga boleh buat laporan melalui email. Pesalah boleh didenda sehingga RM3,000!

Rujuk: Nombor Plat Kenderaan “Fancy” Boleh Didenda RM3,000. Ini Spesifikasi Yang Dibenarkan

Bilik Kawalan JPJ di setiap negeri dan ibu pejabat beroperasi 24 jam bagi memantau perjalanan penguatkuasaan yang dijalankan dan menerima aduan orang ramai.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.