Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Bantuan Hari Raya 2022: Permohonan Bantuan i-Fitri Sehingga RM400 Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • March 22, 2022 • 2 min baca

Bantuan Hari Raya 2022: Permohonan Bantuan i-Fitri Sehingga RM400 Kini Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat rakyat negeri Terengganu! Kerajaan negeri Terengganu mengembalikan pemberian dana raya kepada rakyat negeri ini yang layak melalui pemberian bantuan i-Fitri pada tahun depan, iaitu 2022 dengan peruntukan kira-kira RM33.4 juta. Bantuan i-Fitri telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam belanjawan yang bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’, kerajaan negeri tersebut telah memaklumkan bantuan i-Fitri akan memanfaatkan isi rumah manakala bantuan tunai secara one-off akan memanfaatkan belia, mahasiswa dan golongan OKU.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan i-Fitri dan jumlah bantuan mengikut kategori.

OBJEKTIF BANTUAN

Bantuan i-Fitri ini diharapkan dapat:

  • Menyokong kewangan semua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40 supaya mereka dapat meraikan Aidilfitri lebih merah serta berkat setelah dua tahun menyambutnya dengan keterbatasan

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Bantuan i-Fitri dan bantuan tunai secara one-off yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2022 mengikut kategori adalah seperti berikut:

Bantuan i-Fitri

  • Isi rumah miskin (Pendapatan isi rumah tidak lebih RM2,500)
    Jumlah bantuan: RM400
  • Isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
    Jumlah bantuan: RM250

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN I-FITRI

Isi rumah yang berkelayakan boleh buat permohonan Bantuan i-Fitri 2022 sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh permohonan Bantuan i-Fitri 2022: 22 Mac – 31 Mac 2022

TARIKH BAYARAN BANTUAN I-FITRI

Seperti yang dimaklumkan, bantuan i-Fitri akan disalurkan pada:

  • Tarikh bayaran Bantuan i-Fitri 2022: 17 April hingga 23 April 2022

Nak tahu bila tarikh sambutan Hari Raya Puasa tahun 2022? Semak DI SINI.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan Bantuan i-Fitri 2022 dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Rakyat Terengganu yang menetap di Terengganu
  • Jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak lebih RM5,000 (termasuk gaji & elaun)
  • Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT2020)
  • Pengundi berdaftar di Terengganu
  • Mereka yang tiada slip gaji perlu kemukakan surat perakuan pendapatan disahkan oleh JPKK

CARA MOHON

Individu yang berkelayakan boleh buat permohonan secara online sepanjang tempoh ditetapkan, iaitu sehingga 31 Mac 2022. Permohonan boleh dibuat melalui laman berikut:

Pemohon yang berjaya akan terima baucar melalui agihan JPKK masing-masing. Pembayaran dijangka bermula dari 17 April 2022 di peringkat DUN.
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.