Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Di PERKESO Seluruh Malaysia Terbuka Buat Graduan

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Peraturan-peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2018 (Akta 789) dan sebuah Pusat Rehabilitasi di Melaka.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, memiliki daya kepimpinan yang dinamik, kompeten dan inovatif serta memulakan satu kerjaya di suasana yang baru dan berdaya saing adalah dijemput untuk menyertai PERKESO dengan memohon jawatan yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Nama jawatan: Pegawai Tadbir Gred 23
  • Taraf jawatan: Tetap/ Kontrak
  • Penempatan: PERKESO Seluruh Malaysia
  • Waktu bekerja: 8 jam
  • Kelayakan diperlukan: Ijazah Sarjana Muda
  • Lingkungan gaji: Minimum RM3,100 – Maksimum RM14,000

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, bermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan
  • Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di pejabat-pejabat PERKESO seluruh Malaysia

TANGGUNGJAWAB JAWATAN

Berikut adalah tanggungjawab bagi jawatan yang ditawarkan oleh PERKESO:

  • Merancang, mengawal selia & memastikan segala aktiviti bagi menguatkuasa, mentadbir dan melaksana Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Peraturan-Peraturan (AM) Keselamatan Sosial Pekerja 1971, Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (akta 789) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800)

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh buat permohonan secara online sehingga 4 April 2022. Permohonan boleh dibuat melalui laman berikut:

Bagi yang belum pernah mohon jawatan melalui laman MyCareer Perkeso, pastikan anda buat pendaftaran pengguna terlebih dahulu sebelum mohon.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma