Cara Buka Akaun Yippie Maybank, Terima RM500 Sagu Hati Jika Anak Cemerlang Peperiksaan
Ada lagi ke ibu bapa pada zaman sekarang yang masih tidak membuka akaun simpanan buat anak-anak? Rugilah jika tak buka, simpanan ini penting untuk kegunaan anak pada masa akan datang di samping menggalakkan anak-anak menabung. Ada 6 Jenis Akaun Simpanan Junior Terbaik Untuk Anak dan salah satunya adalah akaun Yippie Maybank.
Ibu bapa boleh buka Akaun Yippie Maybank untuk anak-anak dengan deposit serendah RM1 tau! Anak-anak yang membuat simpanan di akaun Maybank Yippie akan memperoleh ganjaran tunai jika mendapat keputusan cemerlang dalam PT3, STPM, SPM dan peringkat kolej serta universiti.
Menarik kan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembukaan akaun simpanan Yippie Maybank sertai manfaatnya.
Isi Kandungan
KELEBIHAN AKAUN SIMPANAN YIPPIE MAYBANK
Antara kelebihan menyimpan di Akaun Simpanan Yippie Maybank adalah:
- Kadar Deposit Tetap satu bulan daripada akaun simpanan anda, tertakluk kepada 1 pengeluaran sebulan selama enam bulan berturut-turut
- Ganjaran tunai sekiranya dalam keputusan cemerlang dalam PT3, SPM, STPM dan peringkat universiti/ kolej
- Insurans perlindungan kemalangan peribadi disediakan secara percuma untuk ibu-bapa dan anak berjumlah sehingga RM70,000.
- Kadar dividen yang tinggi
GANJARAN TUNAI CEMERLANG PELAJARAN
Anak-anak yang merupakan pemegang akaun simpanan Yippie Maybank yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akan menerima ganjaran tunai seperti berikut:
- PT3 = 7As
Ganjaran: RM100 - SPM = 8As/ A+
Ganjaran: RM200 - STPM/A-Levels = 5As/4s dan MUET Gred 6
Ganjaran: RM300 - Universiti/ Kolej = Ijazah Kelas Pertama
Ganjaran: RM500
SYARAT MOHON GANJARAN TUNAI
Sekiranya anak anda mendapat keputusan cemerlang seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan segera dengan syarat:
- Minimum baki akaun RM1,000 semasa permohonan dibuat
- Hadir ke mana-mana cawangan Maybank berdekatan dalam tempoh sebulan selepas menerima keputusan peperiksaan
- Borang permohonan ganjaran tunai sekiranya keputusan cemerlang boleh dimuat turun DI SINI.
CARA BUKA AKAUN YIPPIE MAYBANK
Terdapat 2 kaedah untuk buka akaun Yippie Maybank iaitu secara manual atau online:
Secara Manual
- Hadir ke cawangan Maybank berdekatan
- Lengkapkan borang yang disediakan
- Bawa bersama dokumen sokongan seperti:
– Sijil kelahiran yang asal ataupun MyKid
– Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
– Wang deposit minimum RM1 untuk buka akaun - Tunggu permohonan diproses dan akaun Yippie anak akan siap setelah diluluskan
Secara Online
- Pergi ke laman web https://www.maybank2u.com.my/
- Klik APPLY NOW
- Lengkapkan borang permohonan online yang disediakan
- Akhir sekali, klik Submit untuk hantar permohonan
Tunggu apa lagi? Rugilah jika anda masih tidak membuka sebarang akaun simpanan untuk anak-anak. Bagi yang masih belum ada, anda boleh buka akaun Yippie Maybank ini untuk terima pelbagai manfaat menarik.
Semoga bermanfaat!