Temuduga Guru: Apa Yang Ditanya Dalam Komponen Penyataan Hasrat? Ini Panduan Untuk Calon

Tahniah bagi calon yang telah melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) bagi pengambilan khas guru KPM! Bila dah selangkah lebih maju untuk anda menjadi seorang guru, pastikan anda buat yang terbaik sehingga mencapai cita-cita yang dihajati. Dah semak ke tarikh temuduga guru anda? Jika belum, pastikan anda semak sekarang DI SINI.

Seperti yang dimaklumkan kepada semua calon, temuduga bagi pengambilan khas ini akan dilaksanakan secara online dan calon mestilah mengikut format temuduga guru yang ditetapkan. Komponen kedua dalam format temuduga adalah “Penyataan Hasrat”.

Apa yang akan ditanya dalam bahagian ini dan bagaimana calon nak buat persediaan? Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui persediaan yang perlu calon lakukan untuk bahagian Penyataan Hasrat dalam temuduga guru nanti.

KOMPONEN 2 – PENYATAAN HASRAT

Dalam komponen kedua temuduga calon guru KPM, berikut adalah garis panduan seperti yang ditetapkan:

  1. Anggaran masa diperuntukkan untuk setiap calon: 6 minit
  2. Calon diminta untuk menyatakan hasrat dan sebab memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan.
  3. Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai hasrat memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dan perkara lain yang berkaitan dengan bidang/pendidikan.

Hanya calon temuduga bidang Pendidikan Islam dan Tahfiz sahaja terlibat:

  1. Calon diminta untuk membaca Al-Quran berdasarkan teks dari mana-mana ayat dalam mana-mana surah yang ditetapkan oleh panel.

Calon mestilah memastikan:

  • Pastikan kamera alatan medium temu duga dibuka dan panel dapat melihat calon dengan jelas.
  • Pastikan pembesar suara alatan medium temu duga dibuka (maksimum) dan panel dapat mendengar suara calon dengan jelas

APA YANG AKAN DITANYA DALAM PENYATAAN HASRAT?

Berikut adalah beberapa perkara berkaitan yang akan ditanya dalam komponen kedua temuduga guru:

  1. Mengapa ingin menjadi guru sebagai profesion kerjaya?
    [Rujuk contoh jawapan DI SINI]
  2. Perkara lain yang berkaitan dengan pendidikan

Di sinilah calon mungkin akan ditanya beberapa contoh soalan dalam Himpunan Soalan Temuduga Guru Tahun 2018 hingga 2021.

Pengetahuan calon mengenai bidang pendidikan akan diuji saat ini, jadi calon mestilah bersedia dengan pengetahuan yang luas tentang pendidikan di negara kita.

TIP PERSEDIAAN PENYATAAN HASRAT

Berikut adalah beberapa tips persediaan untuk bahagian Penyataan Hasrat:

  • Panel akan lihat kemampuan diri calon di bahagian ini. Keluarkan apa yang kita ada
  • Sedia mengenai isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan
  • Wajib tahun mengenai Falsafah Pendidikan
  • Beritahu kelebihan yang kita ada, kaitkan dengan pendidikan dan sumbangan apa yang kita boleh beri
  • Perkara yang paling penting adalah “KEYAKINAN DIRI”

Calon boleh rujuk perkongsian nota ringkas temuduga SPP yang dikongsikan di bawah:

Sumber 

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma