Komponen & Format Temuduga Pengambilan Calon Guru KPM Mengikut Jenis Bidang Pengajian

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan satu garis panduan untuk kegunaan calon menghadiri temuduga secara dalam talian bagi pengambilan khas guru. Calon yang menghadiri ujian e-UKCG dah boleh buat semakan kelayakan ke temuduga mulai 28 Oktober 2021.

Tahniah buat calon yang lulus e-UKCG dan dapat tawaran ke temuduga! Pastikan anda ikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KPM bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku. Semasa sesi temuduga, calon akan ditemuduga mengikut format yang ditetapkan, iaitu mengandungi 3 komponen utama.

Setiap format adalah berbeza mengikut bidang pengajian. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui format sebenar temuduga guru KPM tahun 2021.

FORMAT TEMUDUGA CALON GURU

Format 1

Format 1 melibatkan calon yang bakal ditemuduga bagi bidang pengajian berikut:

Pendidikan Seni Visual (SK/SJKC/MEN), Pendidikan Khas (SK/SJKC/MEN), Pendidikan Jasmani & Kesihatan (SK/SJKC/MEN), Bahasa Melayu (SJKC/MEN), Pendidikan Moral (SJKC), Sejarah (SJKC), Reka Bentuk & Teknologi (SJKC), Bimbingan & Kaunseling (SJKC),Teknologi Elektrik (TV), Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara (TV), Teknologi Automotif (TV), Teknologi Pemesenan Industri (TV), Seni Reka Fesyen (TV), Teknologi Sistem Komputer & Rangkaian (TV), Senibina Landskap (TV), Teknologi Enjin Marin (TV), Teknologi Pembuatan Bot (TV), Akuakultur (TV) dan Pemprosesan Hasil Pertanian (TV).

Komponen 1 (Rapport Dan Pengenalan Diri) – 1 Minit

  • Calon diminta untuk memperkenalkan diri secara ringkas.
  • Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai maklumat diri masing-masing.

Komponen 2 (Penyataan Hasrat) – 6 Minit

  • Calon diminta untuk menyatakan hasrat dan sebab memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan.
  • Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai hasrat memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dan perkara lain yang berkaitan dengan bidang/pendidikan.

Komponen 3 (Demonstrasi Pengajaran) – 3 Minit

  • Calon dikehendaki memilih mana-mana satu tajuk kecil dalam bidang yang dimohon sebagai topik pengajaran.
  • Calon perlu melakukan pengajaran seolah-olah sedang berhadapan dengan sekumpulan murid (Calon lain yang hadir semasa sesi ini boleh berperanan sebagai “murid”).
  • Calon perlu berdiri ketika melaksanakan pengajaran dengan memperlihatkan sekurang-kurangnya bahagian lutut dan ke atas.
  • Calon yang telah selesai melakukan pengajaran dikehendaki duduk semula ditempat masing-masing

Format 2

Format 2 melibatkan calon yang bakal ditemuduga bagi bidang pengajian berikut:

Bahasa Inggeris (SK/SJKC/MEN), Bahasa Semai (SK) dan Bahasa Cina (MEN)

Komponen 1 (Rapport Dan Pengenalan Diri) – 1 Minit

  • Calon diminta untuk memperkenalkan diri secara ringkas.
  • Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai maklumat diri masing-masing.

Komponen 2 (Penyataan Hasrat) – 6 Minit

  • Calon diminta untuk menyatakan hasrat dan sebab memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan.
  • Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai hasrat memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dan perkara lain yang berkaitan dengan bidang/pendidikan

Komponen 3 (Demonstrasi Pengajaran) – 3 Minit

  • Calon dikehendaki memilih mana-mana satu tajuk kecil dalam bidang yang dimohon sebagai topik pengajaran.
  • Calon perlu melakukan pengajaran seolah-olah sedang berhadapan dengan sekumpulan murid (Calon lain yang hadir semasa sesi ini boleh berperanan sebagai “murid”).
  • Calon perlu berdiri ketika melaksanakan pengajaran dengan memperlihatkan sekurang-kurangnya bahagian lutut dan ke atas.
  • Calon yang telah selesai melakukan pengajaran dikehendaki duduk semula ditempat masing-masing.

Format 3

Format 3 melibatkan calon yang bakal ditemuduga bagi bidang pengajian berikut:

Pendidikan Islam (SK/SJKC/MEN) dan Tahfiz (MEN)

Komponen 1 (Rapport Dan Pengenalan Diri) – 1 Minit

  • Calon diminta untuk memperkenalkan diri secara ringkas.
  • Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai maklumat diri masing-masing.

Komponen 2 (Penyataan Hasrat) – 6 Minit

  • Calon diminta untuk membaca Al-Quran berdasarkan teks dari mana-mana ayat dalam mana-mana surah yang ditetapkan oleh panel.
  • Calon diminta untuk menyatakan hasrat dan sebab memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan.
  • Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai hasrat memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dan perkara lain yang berkaitan dengan bidang/pendidikan.

Komponen 3 (Demonstrasi Pengajaran) – 3 Minit

  • Calon dikehendaki memilih tajuk berikut sebagai tajuk pengajaran berdasarkan bidang tawar: (a) Bidang Pendidikan Islam: Tajuk Fardu Ain (b) Bidang Tahfiz: Tajuk Al Quran.
  • Calon perlu melakukan pengajaran seolah-olah sedang berhadapan dengan sekumpulan murid (Calon lain yang hadir semasa sesi ini boleh berperanan sebagai “murid”).
  • Calon mesti menunjukkan kemahiran menulis Jawi semasa menyampaikan pengajaran.
  • Calon perlu berdiri ketika melaksanakan pengajaran dengan memperlihatkan sekurang-kurangnya bahagian lutut dan ke atas.
  • Calon yang telah selesai melakukan pengajaran dikehendaki duduk semula ditempat masing-masing.

Format 4

Format 4 melibatkan calon yang bakal ditemuduga bagi bidang pengajian berikut:

Pendidikan MUzik (SJKC)

Komponen 1 ( Rapport Dan Pengenalan Diri) – 1 Minit

  • Calon diminta untuk memperkenalkan diri secara ringkas.
  • Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai maklumat diri masing-masing.

Komponen 2 (Penyataan Hasrat) – 6 Minit

  • Calon diminta untuk menyatakan hasrat dan sebab memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan.
  • Dalam sesi ini calon akan disoal lanjut mengenai hasrat memilih profesion keguruan sebagai kerjaya pilihan dan perkara lain yang berkaitan dengan bidang/pendidikan.

Komponen 3 (Demonstrasi Pengajaran) – 3 Minit

  • Calon dikehendaki memilih mana-mana satu tajuk kecil dalam bidang muzik sebagai topik pengajaran.
  • Calon dikehendaki menunjukkan kemahiran bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik semasa mengajar.
  • Calon perlu melakukan pengajaran seolah-olah sedang berhadapan dengan sekumpulan murid (Calon lain yang hadir semasa sesi ini boleh berperanan sebagai “murid”).
  • Calon perlu berdiri ketika melaksanakan pengajaran dengan memperlihatkan sekurang-kurangnya bahagian lutut dan ke atas.
  • Calon yang telah selesai melakukan pengajaran dikehendaki duduk semula ditempat masing-masing.

Untuk makluman anda, penempatan adalah berdasarkan keperluan dan kekosongan opsyen di sekolah. Calon tidak boleh memilih penempatan untuk ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah.

Bagi calon yang LULUS e-UKCG dan mendapat tawaran temuduga, pastikan anda rujuk kaedah penilaian temuduga di pautan berikut:

KAEDAH PENILAIAN TEMUDUGA PENGAMBILAN KHAS GURU

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma