Panduan Mohon Jawatan MySTEP Penolong Pegawai Tadbir KPM Melalui Email
MySTEP 2021 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Peluang mengikuti program MySTEP di KPM kini dibuka buat graduan diploma atau ijazah yang memenuhi syarat kelayakan.
Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat bagi mengisi segera kekosongan PERSONEL MySTEP bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 dengan status lantikan KONTRAK.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran jawatan MySTEP KPM dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT JAWATAN
- Nama majikan: Bahagian GENIUS, KPM
- Nama jawatan: MySTEP [Penolong Pegawai Tadbir N29]
- Taraf jawatan: Gred N29
- Tempoh lantikan: Lapor diri sehingga 31/12/2021
- Kelayakan: Diploma dan setaraf (Multimedia, Reka Bentuk Digital atau setaraf)
- Tarikh tutup permohonan: 3 November 2021 (sebelum jam 2 petang)
- Gaji ditawarkan: RM1,800 sebulan
SYARAT PERMOHONAN
Calon yang berminat bagi lantikan jawatan ditawarkan mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia
- Beurmur tidak kurang 18 tahun dari tutup iklan
- Mempunyai kelayakan akademik seperti yang atas
- Boleh bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan minimum
- Boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan
Calon yang ingin memohon jawatan Penolong Pegawai Tadbir, N29 adalah DIWAJIBKAN mengemukakan contoh poster/infografik (mestilah hasil ciptaan sendiri) seperti berikut:
- Poster/ Infografik: “Selamat Menyambut Hari Deepavali 2021”
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh hantar permohonan anda secara rasmi menerusi alamat emel berikut:
- intake.mystepgenius@moe.gov.my
Tajuk emel: PERMOHONAN MySTEP – PENTADBIRAN
Permohonan mestilah dihantar bersama:
- Resume terkini
- Contoh poster seperti dinyatakan di atas
- Sijil akademik berkaitan
Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:
- Panduan Mohon Kerja Kerajaan MySTEP Melalui Email Beserta Contoh Email Lengkap
- Cara Attach & Upload Resume Serta Sijil Untuk Mohon Kerja MySTEP 2021
- Checklist Sebelum Hantar Permohonan Kerja MySTEP
Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas satu bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk sebarang persoalan berhubung jawatan ditawarkan, anda boleh hubungi Encik Fadhli Shuandi bin Mohd Sakroni di talian 03 8889 5179.