Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Jawatan Pemandu Kenderaan Parlimen Malaysia Dengan Kelayakan PMR/PT3

Oleh Cikgu Shaari • October 18, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Pemandu Kenderaan Parlimen Malaysia Dengan Kelayakan PMR/PT3
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berminat nak bekerja di Parlimen Malaysia? Lepasan sekolah dengan kelayakan minima PMR/PT3 boleh mohon jawatan sebagai Pemandu Kenderaan di Parlimen Malaysia yang ditawarkan. Jangan lepaskan peluang ini! Hantar permohonan anda sekarang sebelum 27 Oktober 2021.

Individu yang merupakan warganegara Malaysia dan berkelayakan boleh buat permohonan dengan menghantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat yang dinyatakan. Anda boleh download borang permohonan yang dikongsikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Jabatan: Parlimen Malaysia
  • Nama Jawatan: Pemandu Kenderaan Gred H11
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Tarikh Tutup Permohonan: 27 Oktober 2021 (Rabu)
  • Gaji ditawarkan: RM1,218.00 – RM2,939.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)/ Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan kerajaan
  • Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan(P)]
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik

DESKRIPSI TUGAS

Tugas sebagai Pemandu Kenderaan di Parlimen Malaysia adalah:

  • Bertanggungjawab melaksana skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan
  • Bertanggungjawab ke atas kenderaan di bawah kelolaannya supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan

CARA MEMOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh di muat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my) atau klik pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN JAWATAN PARLIMEN MALAYSIA

Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturan 17 Bab ‘A’ Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan) 2012.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan:

  • Gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan)
  • Resume
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan MyKad
  • Salinan Kelulusan Akademik
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Dokumen sokongan yang berkaitan

Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan perakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

  • Ketua Pentadbir
    Parlimen Malaysia
    Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran,
    Jalan Parlimen,
    50680 Kuala Lumpur
    (U.P: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi)

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.