Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap • Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •Semakan & Rayuan Tingkatan 6 2026: Tarikh Penting, Cara Semak & Panduan Lengkap •

Tarikh Rasmi Buka Sekolah KPM Bagi Negeri Fasa 3 & 4

Oleh Cikgu Shaari • October 19, 2021 • 2 min baca

Tarikh Rasmi Buka Sekolah KPM Bagi Negeri Fasa 3 & 4
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga ke tarikh yang ditetapkan.

Pembukaan semula sekolah adalah berbeza mengikut negeri dan fasa PPN. Memandangkan banyak negeri yang beralih ke fasa 3 dan 4, KPM telah mengeluarkan tarikh baru kemasukan semula ke sekolah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh kemasukan ke sekolah bagi negeri fasa 3 dan 4.

PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN KPM

  • Pengoperasian bermula 2 minggu dari tarikh peralihan fasa
  • Buat masa ini negeri terlibat adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah & Kedah
    (beralih fasa berkuat kuasa 18 Okt)
  • Turut libatkan institusi pendidikan swasta berdaftar KPM kategori sekolah & pusat
  • Institusi tidak berdaftar dengan KPM disaran turut mengikut ketetapan ini

TARIKH BUKA SEKOLAH FASA 3 & 4

Berikut adalah tarikh pembukaan semula sekolah mengikut negeri:

  • Fasa PPN 4: Melaka, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya
    = 1 November 2021
  • Fasa PPN 3: Kedah & Kelantan
    = 31 Oktober 2021
  • Fasa PPN 3: Pulau Pinang, Perak & Sabah
    = 1 November 2021

KEHADIRAN MURID

Fasa 4

  • Bermula 1 November
    – Murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3) sekolah rendah
    – Murid Tingkatan 3 & Tingkatan 4 sekolah menengah
  • Bermula 8 November
    – Murid Tahap 2 (tahun 4, 5 & 6) sekolah rendah & kelas peralihan
    – Tingkatan 1 & 2 sekolah menengah

Fasa 3

  • Murid prasekolah
  • Murid Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas & Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional & Program Pendidikan Khas Integrasi
  • Pelajar Tingkatan 6 Semester 2
  • Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia
  • Kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/ sekolah harian/ sekolah swasta
  • International Baccalaureate Diploma
  • Kelas peperiksaan antarabangsa (IDCSE O-Level, A-Level, Autralia Higher School Certificate & IBD)
  • Kelas peperiksaan antarabangsa lain

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.