Cara Mohon Jawatan Pegawai Laut Di Jabatan Laut Malaysia

Jabatan Laut Malaysia kini membuka tawaran jawatan kosong yang boleh diisi oleh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan ditawarkan. Jawatan kosong yang terkini ditawarkan adalah sebagai Pegawai Laut AL41.

Jabatan Laut Malaysia ingin mempelawa orang awam untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang diiklankan dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Jangan lepaskan peluang ini, inilah masanya untuk anda membina kerjaya dalam Perkhidmatan Awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut iklan jawatan yang ditawarkan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: Jabatan Laut Malaysia
  • Nama Jawatan: Pegawai Laut AL41
  • Jumlah kekosongan:  Kekosongan 10 & Simpanan 30
  • Tarikh Tutup Permohonan: 15 Februari 2023

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan maritim yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
    (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,429.00); atau
  • ijazah sarjana muda dalam bidang nautical studies yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88); atau
  • ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,531.88); atau
  • ijazah dalam bidang arkitek laut yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau
  • Chief Mate of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau
  • Second Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM2,739.43); atau
  • Master of 3000 GT or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55); atau
  • Chief Engineer Officer of 3000 kW or more Unlimited Trade Voyages yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred AL41 : RM3,154.55).

BIDANG TUGAS

Tugas seorang Pegawai Laut adalah:

Bertanggungjawab menguruskan pendaftaran kapal, keselamatan kapal, keselamatan pelayaran, hal-ehwal pelaut dan pelabuhan, latihan teknikal maritim, projek-projek pembangunan serta membuat kajian dan penilaian terhadap konvensyen-konvensyen antarabangsa dan perundangan laut.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).

Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my. Sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9, baca:

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 3

Pilih jawatan Pegawai Laut. Klik +Tambah.

Cara Mohon Kerja Pegawai Siasatan Di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 

Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.

[450 Kekosongan] Cara Mohon Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Ambilan 2022

Slip Akuan Pendaftaran Permohonan Jawatan SPA akan dipaparkan yang mengandungi maklumat anda beserta senarai jawatan yang dimohon. Sila simpan dan cetak Slip Pendaftaran untuk kegunaan pada masa akan datang (terutama bagi bekas pelajar tajaan biasiswa).

Untuk elakkan anda melakukan kesilapan semasa permohonan jawatan di SPA, baca 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA.

IKLAN JAWATAN

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma