Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): Statistik Terkini COVID-19 Malaysia

Sejak 15 Mac 2020, peningkatan kes Covid-19 berlaku secara mendadak di Malaysia iaitu sehingga 190 kes disusuli dengan 125 kes baharu semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak kini adalah sebanyak 553 orang di dalam negara.

Peningkatan penularan yang berlaku secara mendadak ini menyebabkan Kerajaan telah mengambil tindakan serius dalam mengawal pergerakan rakyat Malaysia untuk mengurangkan penularan wabak penyakit ini.

Perdana Menteri Malaysia dalam siaran langsung semalam telah membuat pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan bagi semua rakyat Malaysia bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 disebabkan pandemik Covid-19.

Namun pengumuman perintah kawalan pergerakan oleh perdana menteri sedikit sebanyak meningggalkan persoalan kepada masyarakat. Rakyat telah beranggapan bahawa perintah kawalan tersebut adalah serupa arahan lockdown sepertimana yang dilakukan di negara barat seperti Perancis dan Itali.

Apa itu perintah kawalan pergerakan? Ikuti perkongsian di bawah bagi maklumat mengenai perintah kawalan pergerakan serta 6 perkara yang disebutkan dalam perintah tersebut.

APA ITU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN?

Berikutan dengan kekeliruan anggapan rakyat Malaysia, sehingga hari ini ramai yang beranggapan bahawa Malaysia akan mengalami lockdown sehinggakan sudah ramai yang mula lakukan panic buy yang menyebabkan stok barangan keperluan di pasaran semakin berkurangan.

Namun, perkara itu tidak betul. Bekas menteri  kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad telah tampil memberi keterangan dalam satu kenyataan kepada portal Malaysiakini untuk menjelaskan maksud sebenar istilah kawalan pergerakan itu supaya rakyat Malaysia tidak lagi salah anggap.

Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan? 6 Perkara Ini Terlibat Secara Langsung Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Dalam kenyataannya, beliau berkata,

” Ini bukan perintah berkurung. Apabila perintah berkurung kamu tidak boleh keluar rumah, kamu tidak boleh keluar untuk membeli makanan.”

”Ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosial.”

”Benar ia gangguan tetapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik”.

Secara ringkasan mengenai kenyataan tersebut, perintah yang dikeluarkan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan aktiviti sosial bagi merendahkan lengkung epidemik. Menurut Malaysiakini, istilah merendahkan lengkung epidemik merujuk kepada tindakan mengurangkan dan memperlahan penularan sesuatu wabak.

PERKARA DALAM PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Bagi yang terlepas mendengar pengumuman penting oleh Perdana Menteri semalam atau masih tidak jelas mengenai perkara yang disebutkan dalam perintah kawalan pergerakan, berikut adalah enam perkara yang telah disenaraikan dalam perintah kawalan pergerakan.

  1. Larangan menyeluruh pergerakan/perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial & budaya.
  2. Semua aktiviti keagamaan di majlis & surau termasuk Solat Jumaat ditangguh.
  3. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam/swasta/institut latihan kemahiran.
  4. Penutupan semua taska,sekolah kerajaan/swasta/harian/asrama penuh/antarabangsa, pusat tahfiz & lain-lain institusi pendidikan rendah/menengah/pra-universiti.
  5. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat ke luar negara dan sekatan kemasukan pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting negara dan essential services.

Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan? 6 Perkara Ini Terlibat Secara Langsung Dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Tindakan drastik ini dilakukan adalah bagi mengurangkan penularan wabak ini dalam negara dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Semakin kurang pergerakan dan pengumpulan orang ramai, semakin rendah risiko jangkitan wabak ini kepada lebih ramai orang.

Perintah ini akan dilaksanakan mulai esok iaitu 18 Mac 2020 hingga 20 Mac 2020 di seluruh negara jadi orang ramai dikehendaki memberi kerjasama dalam mematuhi perintah yang dikeluarkan ini.

STATISTIK TERKINI COVID-19 MALAYSIA

Di bawah merupakan statistik terkini COVID-19 di Malaysia untuk rujukan anda.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma