Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman (URUS) Kini Dilanjutkan
Sejajar dengan usaha membantu peminjam yang berada dalam kumpulan 50 peratus terbawah atau B50, kerajaan telah mengumumkan bahawa Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) akan dilaksanakan oleh sektor perbankan.
URUS diperkenalkan memandangkan kerajaan faham masalah rakyat Malaysia yang masih menganggur akibat kehilangan kerja disebabkan oleh pandemik Covid-19. Orang ramai akan menerima pelbagai faedah daripada URUS.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanaan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS).
Isi Kandungan
PROGRAM PENGURUSAN & KETAHANAN KEWANGAN (URUS)
URUS merupakan program sokongan bantuan bayaran balik pinjaman yang komprehensif dan akan ditawarkan kepada individu yang:
- Mempunyai pendapatan isi rumah kasar sehingga RM5,880
- Mempunyai pinjaman/ pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan dibuat
- Mengalami:
i) Kehilangan pekerjaan; ATAU
ii) Pengurangan pendapatan sekurang-kurangnya 50%
Program URUS ini telah dirangka oleh sektor perbankan bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Butiran selanjutnya mengenai program URUS akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan.
KEMUDAHAN URUS
Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.
PFP akan merangkumi:
- Pengecualian faedah selama 3 bulan
- Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda
- Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan
Dalam tempoh ini, pelanggan dengan pinjaman/ pembiayaan dan kad kredit peribadi tanpa jaminan juga boleh mendapat manfaat daripada kadar faedah yang dikurangkan bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.
CARA MOHON
Individu yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan bantuan URUS boleh memohon pada:
- 15 November hingga
31 Januari 2022DILANJUTKAN hingga 31 Mac 2022
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi bank-bank anda melalui:
- Laman web bank
- Telefon
- Cawangan bank
Inisiatif oleh sektor perbankan jelas mencerminkan semangat Keluarga Malaysia dan melengkapkan usaha Kerajaan untuk membantu golongan peminjam B50 yang sebelum ini telah pun mendapat manfaat dari program moratorium yang diumumkan di bawah pakej-pakej bantuan dan rangsangan Kerajaan sejak Mac 2020.
Kerajaan berharap dengan pendekatan whole-of-nation dan penyatuan usaha seluruh rakyat Malaysia, kita mampu merealisasian matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan.