Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Tawaran Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera / Anak Tentera Sehingga RM30,000

Oleh Cikgu Shaari • January 28, 2022 • 2 min baca

Tawaran Tabung Pinjaman Akademik & Pengajian Tinggi Angkatan Tentera / Anak Tentera Sehingga RM30,000
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Perhatian Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)! Anggota ATM atau anak kepada anggota ATM yang nak sambung pengajian ke peringkat boleh tinggi boleh mohon pinjaman akademik yang disediakan oleh Jabatan Arah Pendidikan ATM. Bantuan pinjaman yang ditawarkan adalah Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi Tentera (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT).

Anggota ATM, pasangan dan anak-anak yang berjaya dapat tawaran sambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara boleh mohon kemudahan bantuan ini dan nikmati pinjaman tanpa faedah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pinjaman yang ditawarkan dan panduan buat permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Anggota ATM
  • Pasangan Anggota ATM
  • Anak-anak Anggota ATM
  • Berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara
Nota: Permohonan akan diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif untuk kelulusan.

JUMLAH PINJAMAN

Jumlah pinjaman yang ditawarkan adalah:

  • 90% daripada yuran keseluruhan pengajian
  • Atau maksimum RM30,000
  • Atau mana-mana yang lebih rendah

BAYARAN BALIK PINJAMAN

Bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  • Melalui potongan gaji bulanan maksimum 60 bulan
  • Tertakluk kepada kelulusan Jawatan Kuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT)

CARA MOHON

Anggota ATM yang nak sambung pengajian atau ada anak yang nak melanjutkan pengajian boleh buat permohonan sebelum 17 Februari 2022. Permohonan boleh dibuat dengan mengajukan permohonan ke:

  • Jabatan Arah Pendidikan

Pemohon akan dimaklumkan sekiranya permohonan diluluskan.

Anggota ATM yang berminat boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai tabung pinjaman ditawarkan dan borang permohonan melalui Pegawai/ Jurulatih Pendidikan di pasukan masing-masing.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.