Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

3 Kaedah Pemberian Vaksinasi Remaja 12-17 Tahun. Ibu Bapa Sila Alert

Oleh Cikgu Shaari • September 17, 2021 • 2 min baca

3 Kaedah Pemberian Vaksinasi Remaja 12-17 Tahun. Ibu Bapa Sila Alert
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Kesihatan Malayasia (KKM) sudah membangunkan portal pendaftaran institusi iaitu Portal Vaksin-Anak-Ku sebagai langkah awal pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja.

Pada masa sama, satu pasukan Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) ditubuhkan di KKM bagi membuat penetapan dasar dan penyelarasan pelaksanaan pelan vaksinasi remaja. Vaksinasi kepada golongan remaja akan diberikan tidak lama lagi melalui 3 kaedah.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian vaksin Covid kepada golongan remaja umur 12 hingga 17 tahun.

VAKSINASI REMAJA 12-17 TAHUN

  • Pasukan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) ditubuhkan
  • Pendaftaran institusi-institusi pendidikan boleh dibuat di Portal Vaksin-Anak-Ku
  • Ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk mendaftar anak sebagai tanggungan di MySejahtera

JENIS VAKSIN

Jenis vaksin Covid-19 yang akan diberikan kepada remaja 12 hingga 17 tahun adalah:

  • Pfizer (2 dos)

3 KAEDAH PEMBERIAN VAKSINASI REMAJA

Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan menerima vaksinasi melalui salah satu kaedah berikut:

Kaedah 1

Secara jangkau luar ke sekolah atau institusi berjadual. Bagi remaja yang akan menduduki peperiksaan utama dan bersekolah di asrama penuh atau harian, janji temu dos 1 akan diberi di klinik swasta atau sekolah berhampiran tempat tinggal. Dos 2 diberi di sekolah atau di lokasi dos 1 diterima.

Kaedah 2

Di hospital atau klinik kesihatan bagi remaja dengan komorbid.

Kaedah 3

Janji temu melalui MySejahtera di klinik swasta bagi remaja yang tidak dapat hadir bersama ibu/ bapa atau penjaga.

CARA DAFTAR VAKSINASI DI MYSEJAHTERA

Ibu bapa dah boleh daftarkan anak-anak yang berusia 12 hingga 17 tahun untuk penerimaan vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Pendaftaran boleh dibuat dengan ikut panduan berikut:

Pastikan anda sentiasa alert dengan segala pengumuman semasa oleh pihak kerajaan. Sekiranya terdapat makluman temu janji suntikan vaksin untuk anak yang anda daftarkan, anda akan mendapat notis dari aplikasi MySejahtera. Ataupun anda boleh semak dari masa ke semasa untuk ketahui status pendaftaran.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.