Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Cara Mohon Jawatan Kosong Di GIATMARA Dengan Kelulusan Minima SPM

Oleh Cikgu Shaari • September 17, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Jawatan Kosong Di GIATMARA Dengan Kelulusan Minima SPM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ada yang berminat nak bekerja di GIATMARA? Berita baik buat anda! GIATMARA Selangor kini buka peluang jawatan kosong buat Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat secara online melalui email yang disediakan.

Pemohon mestilah memiliki minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mohon jawatan yang ditawarkan. Mohon segera sebelum tarikh tutup iaitu 20 September 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama Majikan: GIATMARA
  • Jenis jawatan: Pelbagai jawatan
  • Lokasi penempatan: Selangor
  • Tarikh tutup permohonan: 20 September 2021

JAWATAN DITAWARKAN

Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan:

  1. Pembantu Eksekutif Urustadbir (GN 17)
    – 1 kekosongan (kontrak)
    – Penempatan: GIATMARA Petaling Jaya
  2. Pembantu Eksekutif Logistik (GN 17)
    – 3 kekosongan (kontrak)
    – Penempatan: GIATMARA Hulu Langat/ Kuala Langat/ Kapar
  3. Pembantu Eksekutif Logistik
    – 1 kekosongan (Pekerja Sambilan Harian)
    – Penempatan: GIATMARA Negeri Selangor

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan dibuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Memiliki kelulusan minima SPM (BM kepujian) atau mempunyai Diploma sivil
  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun

CARA MOHON

Individu yang berminat dengan jawatan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh buat permohonan secara online. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume terkini dan salinan sijil akademik ke alamat email berikut:

  • gmselangor@giatmara.edu.my

Permohonan hendaklah dihantar pada atau sebelum 20 September 2021 (Isnin). Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil sesi temuduga melalui email. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh terus ke laman Facebook rasmi Giatmara Negeri Selangor.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.