Pembantu Kemahiran Diperlukan Di UM. Mohon Sekarang Guna SPM/ SVM/ SKM/ Sijil Kompetensi
Universiti Malay (UM) kini membuka tawaran jawatan kosong sebagai Pembantu Kemahiran H19 untuk diisi. Permohonan boleh dibuat oleh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan merupakan pemegang sijil-sijil yang diiktiraf.
Lepasan sekolah yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan boleh buat permohonan melalui sistem permohonan jawatan yang disediakan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan panduan buat permohonan.
Isi Kandungan
SYARAT LANTIKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
Sijil Vokasional Malaysia
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Gaji permulaan: 1,377.00
i) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
ii) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
iii) Teknologi Kejuruteraan Awam
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SIjil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil
- Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan : RM 1,435.12
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan : RM1,435.12
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Gaji Permulaan : RM1,493.24
ATAU
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Gaji Permulaan : RM1,493.24
DAN
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
CARA MOHON
Lepasan sekolah yang berminat untuk mohon jawatan yang ditawarkan boleh buat permohonan secara online melalui laman e-Recruitment System yang disediakan khas untuk permohonan jawatan bukan akademik di Universiti Malaya:
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web https://e-recruitment.um.edu.my/.