Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Ujian Penilaian Kelas KAFA Ditangguh, Semak Tarikh Baru UPKK Tahun 2021 Di Sini

Oleh Cikgu Shaari • September 7, 2021 • 2 min baca

Ujian Penilaian Kelas KAFA Ditangguh, Semak Tarikh Baru UPKK Tahun 2021 Di Sini
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Untuk makluman anda, Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober depan bagi calon 2020 dan 2021 secara serentak kini ditangguhkan ke pertengahan bulan November 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh semalam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut penangguhan tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan tarikh baru yang perlu diambil perhatian.

PEMBUKAAN SEKOLAH CALON UPKK

Merujuk kepada perutusan YB Menteri Kanan Pendidikan pada 15 Ogos 2021 berkaitan sesi persekolahan untuk calon peperiksaan yang akan bermula pada 3 Oktober 2021 ini secara berperingkat mengikut perkembangan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Selaras dengan keputusan tersebut, JAKIM telah membuat keputusan bahawa pembukaan sesi persekolahan bagi calon peperiksaan UPKK KAFA juga akan dibuat mengikut ketetapan tersebut.

TARIKH BARU UPKK

Sehubungan itu, bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid-murid terjamin serta persediaan pusat peperiksaan, JAKIM ingin memaklumkan bahawa peperiksaan UPKK tahun 2021 bagi subjek bertulis yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober 2021 DITANGGUHKAN ke tarikh baharu iaitu:

  • Tarikh baru ujian bertulis UPKK: 15 hingga 18 November 2021 (Isnin hingga Khamis)

Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan pelaksanaan UPKK berjalan lancar dan berjaya. JAKIM sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik Covid-19 di negara ini khususnya aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan.

Berikutan dengan penangguhan ini, calon kini ada lebih banyak masa untuk buat persediaan ujian UPKK nanti. Calon boleh buat persediaan sebaiknya dan ulangkaji sedikit sebanyak Himpunan Nota & Latihan Ujian Bertulis UPKK yang dikongsikan.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.