Senarai Tajuk/ Isu Pendidikan Yang Perlu Calon Study Untuk Temuduga Guru SPP

Anda dah berjaya hantar permohonan bagi pengambilan khas guru SPP secara one-off yang dibuka secara besar-besaran baru-baru ini? Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah memaklumkan tarikh temuduga pengambilan khas guru ini akan diadakan tidak lama lagi.

Calon yang betul-betul berminat nak jadi seorang guru, pastikan anda tetapkan matlamat untuk LULUS temuduga kali ini kerana peluang adalah cerah melalui pengambilan ini. Nak buat persediaan temuduga tetapi tak tahu nak study apa dan persediaan apa yang perlu dibuat?

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan senarai tajuk atau isu berkaitan pendidikan yang boleh anda study untuk persediaan temuduga nanti.

SENARAI TAJUK/ ISU BERKAITAN PENDIDIKAN

Berikut adalah senarai isu pendidikan yang boleh anda study untuk persediaan temuduga guru SPP.

Konsep Pendidikan (Penting)

  • Menghadam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Menghadap Dasar Pendidikan Negara
  • Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
  • Menguasai Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
  • Mengetahui teori pembelajaran (Taxonomi Bloom dan lain-lain)
  • Menguasai pengetahuan tentang pedagogi, heutagogi, peeragogi, cybergogi
  • Mengetahui apa itu PAK-21
  • Mengetahui KBSM, KCCM, KBD, KBT

Teras Pendidikan Negara

  • Rukun Negara
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Wawasan 2030
  • Islam Hadhari

Kementerian

  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Pengajian Tinggi

Sejarah Perkembangan Pelajaran Malaysia

  • Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
  • Perkembangan Pelajaran Masa Kini

Sistem Pelajaran Masa Kini

  • Pendidikan Pra Sekolah
  • Program PERMATA
  • Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Menengah
  • Pendidikan Khas
  • Program Pendidikan Khas
  • Sekolah Sukan
  • Sekolah Seni
  • Pembestarian Sekolah
  • Pendidikan Pasca Menengah( Tertiari)
  • Institusi Pengajian Tinggi
  • Pendidikan Swasta
  • Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
  •  Sekolah Kluster
  • Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional *Tambahan penkhususan bidang di UTHM

Kurikulum

  • Teori Pendidikan
  • Kurikulum Prasekolah
  • Kurikulum Baru Sekolah Rendah
  • Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
  • Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
  • Pengurusan Kurikulum
  • Program JQAF
  • Kerangka Konsep PAK 21

Program Sokongan Dan Hal Ehwal Murid

  • Asrama
  • Skim Pinjaman Buku Teks
  •  Biasiswa dan Pinjaman
  • Program Pemakanan Sekolah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Malaysia Teacher Standard atau Standard Guru Malaysia (SGM)
  • PIBG
  • Skim Baucer Tuisyen

Program Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

  • Gerak Kerja Kokurikulum
  • Sekolah Harapan Negara
  • Hari Guru
  • Projek Nilam
  • Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
  • Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran

Urusan Perkhidmatan

  • Perintah-Perintah Am
  • Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
  •  Arahan Perbendaharaan
  • Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
  • Arahan Perkhidmatan
  • Akta Acara Kewangan
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Dasar, Kurikulum & Sistem Baru

  • KSSR
  • KSSM
  • Pentaksiran Berasaskan Sekolah
  • MBMMBI
  • Transformasi Pendidikan Vokasional
  • NKEA
  •  NKRA Pendidikan

Bab Tambahan

  • Dasar, Kurikulum & Sistem
  • SBPA
  • LINUS & PROTIM
  • Tonggak 12
  • PPSMI
  • RMK – 10 ( Pendidikan)

Isu Semasa Pendidikan

  • Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar
  • Kaedah PdPR sepanjang tempoh pandemik
  • Pemberian peranti untuk kegunaan PdPR

Isu Semasa Negara

  • Sistem Pemerintahan Malaysia (YDP Aging, Kabinet, Komponen)
  • Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Bantuan-bantuan kerajaan terkini
  • Bajet 2021

Rujuk: Senarai Lengkap Menteri Kabinet Beserta Portfolio Terkini

Selain daripada isu-siu pendidikan yang akan ditanya dalam temuduga, banyak lagi bentuk soalan yang mungkin ditanya. Anda boleh rujuk 70+ contoh soalan temuduga guru SPP yang mungkin ditanya nanti sebagai persediaan.

Baca juga: Tips Ringkas Temuduga Guru SPP & Konsep Pendidikan Yang Perlu Dihafal – Perkongsian Pensyarah UPSI

Selamat berjaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma