Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

[Terkini] Tarikh Temuduga Pengambilan Khas Guru SPP Secara Berfasa Mulai 8 September

Oleh Cikgu Shaari • September 1, 2021 • 2 min baca

[Terkini] Tarikh Temuduga Pengambilan Khas Guru SPP Secara Berfasa Mulai 8 September
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) baru-baru ini telah membuka tawaran pengambilan khas guru secara one-off secara besar besaran buat graduan di seluruh negara. Bagi calon yang telah berjaya hantar permohonan calon guru pasti sudah tidak sabar nak tahu tarikh-tarikh penting pengambilan kan?

Pihak SPP menyatakan permohonan yang diterima adalah melebihi 2 kali ganda cadangan pengambilan. Wah banyak tu! Oleh itu, calon yang tidak mahu terlepas peluang ini diminta untuk ambil perhatian dengan tarikh-tarikh penting yang dikeluarkan dan makluman penting pihak SPP.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh temuduga pengambilan khas guru.

PROSES SEMAK PERMOHONAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah menerima permohonan melebihi 2 kali ganda cadangan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara “one-off” melalui portal mySPP sehingga tarikh tutup pada 21 Julai 2021.

Buat masa ini, SPP sedang dalam proses menyemak permohonan yang diterima, di mana daripada jumlah keseluruhan tersebut yerdapat lebih 36 ribu adalah permohonan daripada graduan dan bakal graduan yang memiliki Ijazah atau Diploma dalam bidang Pendidikan.

TARIKH TEMUDUGA PENGAMBILAN KHAS GURU

SPP telah memaklumkan bahawa urusan temuduga bagi Pengambilan Khas guru akan dilaksanakan secara berfasa:

Temuduga Guru SPP Fasa 1 (Bermula 8 September 2021)

Panggilan temu duga bagi Fasa 1 boleh disemak di Portal SPP pada 3 September 2021 yang akan melibatkan opsyen-opsyen berikut:

[Terkini] Tarikh Temuduga Pengambilan Khas Guru SPP Secara Berfasa Mulai 8 September [Terkini] Tarikh Temuduga Pengambilan Khas Guru SPP Secara Berfasa Mulai 8 September

Temuduga Guru SPP Fasa 2 ( AKAN DIKEMASKINI)

HEBAHAN PANGGILAN TEMU DUGA

Hebahan panggilan temuduga pada tarikh yang akan ditetapkan nanti akan dimaklumkan seperti berikut:

  • Hebahan akan dibuat di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan media sosial mulai 3 September 2021
  • Calon-calon yang layak akan menerima pautan “meeting number”, kata laluan, tarikh, masa dan opsyen yang akan ditemu duga
  • Calon-calon yang tidak layak disebabkan gagal melepasi tapisan juga akan dimaklumkan

SPP juga telah memaklumkan kaedah temuduga adalah secara atas talian melalui Cisco Webex. Temuduga juga akan dilaksanakan secara berkumpulan. Nak tahu lebih lanjut kaedah temuduga khas guru SPP dan kriteria penilaian?

Rujuk: Kaedah Temuduga Pengambilan Khas Guru & Kriteria Penilaian

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.