Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Langkah Mohon Jawatan MySTEP Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melalui Email

Oleh Cikgu Shaari • August 26, 2021 • 2 min baca

Langkah Mohon Jawatan MySTEP Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melalui Email
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

MySTEP 2021 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini menawarkan peluang jawatan MyStep kepada individu yang berkelayakan dan berminat untuk bina kerjaya.

Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki Diploma dalam bidang berkaitan, AADK mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
  • Nama jawatan: MyStep
  • Tempoh kontrak: Hingga Disember 2021
  • Penempatan: Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Tarikh tutup permohonan: 30 Ogos 2021 (Rabu) 12 tengah hari

KADAR UPAH & KEMUDAHAN

Kadar upah bulanan dan kemudahan yang disediakan sepanjang tempoh perkhidmatan adalah:

  • Kadar upah: RM1,800
  • Cuti rehat
  • Cuti sakit
  • Caruman KWSP
  • Caruman PERKESO

SYARAT LANTIKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat lantikan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun
  • Memiliki Diploma Sains Komputer dalam mana-mana bidang pengkhususan ICT
  • Kriteria utama: Mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pembangunan sistem menggunakan Laravel

CARA MEMOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2021. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar RESUME YANG LENGKAP beserta gambar berukuran pasport yang terkini serta salinan sijil akademik dan dokumen yang telah disahkan kepada alamat emel berikut:

  • adweb@adk.gov.my

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas berikut:

  • Puan Hasnita: 03 89112350

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.