Permohonan Bantuan Covid-19 RM300 Secara One-Off Kepada Penjaja & Peniaga Kecil MBI

Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak telah meluluskan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 bagi menghadapi impak pendamik Covid 19. Antara inisiatif di bawah pakej ini adalah Bantuan One-Off  untuk penjaja dan peniaga kecil yg berlesen dengan semua PBT Perak termasuk Majlis Bandaraya Ipoh dengan  bantuan berjumlah RM 300 bagi setiap pemegang lesen.

Pemberian bantuan khas ini bertujuan untuk meringankan bebanan para penjaja dan peniaga kecil dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi  membendung wabak Covid-19.

Semua penjaja dan peniaga kecil yang berlesen dengan Majlis Bandaraya Ipoh boleh mula menyemak kelayakan di laman web yang disediakan sehingga 30 September 2921.

KADAR BANTUAN

Penjaja dan peniaga kecil yang layak akan mendapat bantuan secara one-off sebanyak:

  • RM300

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 7 Ogos 2021 sehingga 30 September 2021

SYARAT KELAYAKAN

Antara kriteria yang diperlukan untuk memohon bantuan ini adalah:

  • Semua penjaja dan peniaga kecil termasuk peniaga pasar awam yang berlesen di bawah Majlis Bandaraya Ipoh
  • Lesen perniagaan mestilah aktif
  • Pelesen yang layak adalah yang berlesen dengan MBI setakat Jun 2021
  • Pemohon yang telah memohon dan telah menerima bantuan dari PBT lain tidak layak memohon bantuan ini

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama semua dokumen berikut dengan memuat naik di laman permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Penyata buku bank yang lengkap, jelas, terkini dan aktif

Permohonan yang lengkap beserta dokumen akan memudahkan proses permohonan dan kemasukan wang bantuan.

CARA MOHON

Penjaja dan peniaga yang layak boleh buat permohonan dengan ikut langkah berikut:

  1. Pergi ke laman https://d.mbi.gov.my/penjaja/
  2. Sila masukkan no. akaun dan klik SEMAK – hanya pemohon yang layak sahaja, butiran maklumat pelesen akan dipaparkan
  3. Sila masukkan maklumat yang diperlukan seperti no. kad pengenalan, no. telefon yang boleh dihubungi, no. akaun bank yang aktif, nama bank dan emel
  4. SIla tanda akuan pengesahan
  5. Sila muat naik file yang mengandungi salinan ic dan penyata bank ( di dalam satu file)
  6. Klik HANTAR

Permohonan yang lengkap dan layak akan menerima bantuan masing-asing dalam masa 5 hari bekerja. sekiranya permohonan dan dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, ini akan menyukarkan proses penyaluran duit ke akaun penerima dan mengambil masa yang lebih lama.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian 05 2058047.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma