Permohonan Skim Dermasiswa Zakat UTHM Sehingga RM4,000 Setiap Sem Kini Dibuka

Pelajar yang mengikuti pengajian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang memerlukan pembiayaan bagi meneruskan pengajian boleh membuat permohonan Skim Dermasiswa Zakat UTHM bagi semester 1 sesi 2021/2022.

Pelajar yang berminat untuk mohon mestilah berdaftar sepenuh masa di UTHM dan merupakan pelajar yang meneruskan pengajian peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Skim Dermasiswa yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sepanjang tempoh berikut:

  • 24 Ogos sehingga 11 September 2021

TAJAAN DERMASISWA

Tajaan Skim Dermasiswa yang ditawarkan meliputi:

  • Yuran Pengajian
    – Penajaan penuh untuk yuran pengajian di UTHM
  • Sara diri
    – Pemberian elaun sara diri setiap semester
  • Kadar tajaan
    – Diploma: RM3,500 setiap semester
    – Sarjana Muda: RM4,000 setiap semester
  • Tambahan
    – Semua penerima dermasiswa perlu menjalani Latihan industri di UTHM dan perlu melibatkan diri di dalam program anjuran Universiti sekiranya diperlukan

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Pengajian Diploma dan Sarjana Muda
  • Berdaftar secara Sepenuh Masa di UTHM
  • Keputusan Peperiksaan Semasa Minimum GPA 3.50
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM3,500.00 (B40) dan mempunyai
    banyak tanggungan
  • Tergolong di dalam Asnaf Fakir atau Miskin (Berdasarkan Had Kifayah yang
    ditetapkan)

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama semua dokumen berikut:

  • Salinan Surat Tawaran.
  • Salinan myKad pelajar
  • Salinan Kad Matrik Pelajar (Jika Ada)
  • Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar.
  • Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh majikan dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
  • Salinan surat kematian atau surat bercerai (Jika Berkaitan).

CARA MEMOHON

Pelajar UTHM yang berkelayakan dan ingin mohon Skim Dermasiswa yang ditawarkan boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan secara online di pautan berikut:

borang permohonan dermasiswa zakat uthm

Segala butiran hendaklah diisi dengan TEPAT dan LENGKAP dengan menggunakan HURUF BESAR. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen yang dinyatakan di atas. Kegagalan pemohon memuatnaik dokumen boleh menyebabkan permohonan tidak diproses.

Dokumen yang lengkap akan ditapis oleh Urusetia. Permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria akan dipanggil bagi sesi temuduga.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 07 453 7080.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma