Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Lebih 20,000 Jawatan Kosong Di MYFutureJobs Career Expo Terbuka Buat Semua Pencari Kerja. Ini Cara Daftar

Oleh Cikgu Shaari • August 23, 2021 • 2 min baca

Lebih 20,000 Jawatan Kosong Di MYFutureJobs Career Expo Terbuka Buat Semua Pencari Kerja. Ini Cara Daftar
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda graduan atau individu yang sedang mencari kerja? Jom sertai MYFutureJobs Career Expo yang akan diadakan dengan pengambilan pekerja secara besar-besaran! Lebih daripada 20,000 jawatan kosong menanti anda di seluruh negara dengan penglibatan pelbagai syarikat terkemuka.

Karnival Kerjaya ini akan dilaksanakan secara online dan terbuka kepada semua kategori pencari kerja. Orang ramai yang berminat untuk dapatkan kerja boleh buat pendaftaran secara online sekarang. Jangan lepaskan peluang ini!

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Karnival Kerjaya dan cara buat pendaftaran secara online.

MAKLUMAT CAREER EXPO

  • Nama program: MYFutureJobs Career Expo
  • Anjuran: Kementerian Sumber Manusia & PERKESO
  • Tarikh: 7 hingga 9 September 2021
  • Masa: 10 pagi hingga 6 petang

SENARAI MAJIKAN TERLIBAT

Lebih 20,000 kekosongan jawatan ditawarkan kepada semua golongan pencari kerja. Berikut adalah senarai majikan terlibat dalam menawarkan jawatan kosong:

Lebih 20,000 Jawatan Kosong Di MYFutureJobs Career Expo Terbuka Buat Semua Pencari Kerja. Ini Cara Daftar

CARA DAFTAR

Pencari kerja yang berminat untuk ikuti karnival kerjaya MYFutureJobs boleh buat pendaftaran sekarang dengan ikut panduan berikut:

  1. Pergi ke laman web careerexpo.myfuturejobs.gov.my/
  2. Lengkapkan maklumat anda di ruangan yang disediakan
  3. Pastikan anda muat naik resume terkini dalam bentuk PDF/ JPEG di ruangan disediakan dan klik HANTAR
  4. Selesai hantar, pendaftaran anda berjaya

Bagi yang telah berjaya buat pendaftaran karnival kerjaya, anda perlu tunggu tarikh expo yang dinyatakan dan ikuti LIVE yang akan diadakan nanti.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian atau email berikut:

  • Tel: +60 12 335 5067
  • Email: careerexpo@perkeso.gov.my
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.