COVID-19: Sila Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-anak Anda, Planlah Percutian Dalam Negara (13 Mac ~ 22 Mac 2020)
Sudahkah anda merancang cuti sekolah anak anda yang bakal tiba tidak lama lagi? Umum diketahui bahawa cuti sekolah bagi semua sekolah di seluruh Malaysia bermula pada 13 Mac hingga 22 Mac 2020.
Setiap kali tibanya cuti sekolah yang boleh dikatakan agak lama iaitu selama seminggu ini, anak-anak pasti membuat pelbagai permintaan untuk penuhkan cuti mereka samada dengan melancong atau melakukan aktiviti riadah.
Rujuk juga: Kalender Cuti Sekolah 2020
Namun, berikutan dengan wabak virus COVID-19 yang sedang berleluasa sekarang dan berada di tahap pandemik iaitu sudah berleluasa ke seluruh dunia, ibu bapa haruslah merancang percutian anak-anak kali ini sebaik mungkin.
Jika berhasrat untuk melancong ke luar negara, Ibu bapa harus ketahui beberapa negara yang patut dielakkan seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
ELAKKAN BERKUNJUNG KE NEGARA-NEGARA INI
Bagi mengelakkan lebih banyak penyebaran berlaku di dalam negara, penduduk dinasihatkan untuk tidak ke luar negara terutamanya negara-negara tertentu yang terdapat banyak kes COVID-19 berlaku.
Semak senarai di bawah untuk mengetahui negara yang perlu anda elakkan untuk berkunjung:
- China ( Macau / Hong Kong/Taiwan)
- Korea Selatan
- Jepun
- Itali
- Iran
- Perancis
- Sepanyol
- Switzerland
- United Kingdom
- Belgium
- Singapura
- Jerman
- Amerika Syarikat
- Norway
- Belanda
- Sweden
- Austria
Namun sekiranya anda terpaksa juga berkunjung ke negara-negara tersebut atas sebab yang tak dapat dielakkan, pastikan anda mengambil langkah keselamatan kesihatan bagi mengelakkan jangkitan.
Langkah-langkah ini diambil bagi menjamin keselamatan dan kesihatan keluarga kita sendiri serta negara kita. Jadi, jika anda berniat untuk membawa anak-anak melancong ketika cuti persekolahan, cari destinasi di dalam negara yang lebih selamat dan elakkan berada di tempat orang ramai. Banyak lagi aktiviti yang bermanfaat boleh dilakukan bersama keluarga tersayang.
Rancang aktiviti ketika cuti persekolahan sebaiknya dan manfaatkan masa anda bersama keluarga. Di mana pun anda berada, langkah keselamatan kesihatan haruslah diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana kita tidak tahu samada orang disekitar kita dijangkiti atau tidak.