Tawaran Kursus Profesional Eksekutif Halal KPT-CAP Secara Online Terbuka Buat Graduan

Buntu masih belum mendapat kerja? Masih tercari-cari peluang kerjaya berprospek dan terjamin selepas bergraduat? Jom teroka potensi karier dalam industri halal yang sedang berkembang di seluruh dunia ketika ini.

Melalui program PENJANA KPT-CAP, inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak Covid-19, anda ditawarkan KURSUS HALAL EKSEKUTIF PROFESIONAL secara percuma!

Semua graduan dipelawa untuk mohon, ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan.

PROGRAM PENJANA KPT-CAP

Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej UNITI Port Dickson telah dipilih dan diberi kepercayaan untuk melaksanakan Program PENJANA KPT-CAP, salah satu inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak Covid-19.

Sehubungan itu, pihak Kolej UNITI Port Dickson dengan berbesar hati mempelawa semua graduan ijazah sarjana muda dan diploma yang bergraduat pada tahun 2019, 2020 dan 2021 serta masih belum mendapat pekerjaan untuk mengikuti program KURSUS HALAL EKSEKUTIF PROFESIONAL yang ditawarkan secara PERCUMA tanpa sebarang bayaran.

Program KURSUS HALAL EKSEKUTIF PROFESIONAL yang diiktiraf oleh Majlis Halal Profesional, JAKIM ini akan berlangsung selama 40 hari. Ia dijalankan secara pembelajaran teradun (blended learning) iaitu melalui dalam talian (online) dan juga secara bersemuka bertempat di kampus Kolej UNITI Port Dickson serba panoramik di Tanjung Agas, Port Dickson.

Bagi tujuan tersebut, semua peserta akan diberikan surat dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kolej UNITI Port Dickson bagi membuat permohonan dengan pihak PDRM sekiranya peserta berada di luar daerah/negeri untuk mengikuti program yang dijalankan secara bersemuka.

MAKLUMAT KURSUS

  • Nama kursus: Kursus Profesional Eksekutif Halal Program Penjana KPT-CAP
  • Tempoh kursus: 40 hari
  • Tarikh kursus: 6 September hingga 15 Oktober 2021
  • Lokasi: Secara online di rumah dan juga offline di kampus Kolej UNITI Port Dicksin, tepi laut panoramik di Tanjung Agas

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada:

  • Graduan Diploma/ Ijazah/ Sarjana 2019, 2020, 2021
  • TEMPAT ADALAH TERHAD
  • Semua peserta akan diberikan surat dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kolej UNITI Port Dickson bagi membuat permohonan dengan pihak PDRM sekiranya peserta berada di luar daerah/negeri untuk mengikuti program yang dijalankan secara bersemuka.

KELEBIHAN KURSUS

Antara kelebihan menyertai kursus yang ditawarkan adalah:

  • Yuran Kursus PERCUMA
  • Makan dan Minum PERCUMA
  • Penginapan disediakan
  • Penempatan pekerjaan disediakan *Tertakluk kepada syarat
  • Pensijilan profesional diiktiraf JAKIM  dan ia melayakkan anda memulakan langkah kerjaya dalam pelbagai sektor industri halal bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia
  • Bantuan penempatan pekerjaan juga disediakan selepas kursus

MODUL PROGRAM

Sepanjang 40 hari kursus, peserta akan dibekalkan:

  1. Modul Komprehensif JAKIM
  2. Sijil Kompetensi Tambahan – kaedah penyembelihan, serta industri, pengendalian makanan & Amalan Perkilangan Baik (GMP)
  3. Modul Kepimpinan

Bagi memantapkan pengetahuan berkaitan halal, anda akan diberikan akses dan sokongan di Virtual Halal School selama 12 bulan, juga secara percuma.

CARA DAFTAR

Tunggu apa lagi? Tempat adalah terhad! Graduan yang berminat dengan kursus ditawarkan boleh daftar sekarang secara online melalui pautan berikut:

BORANG PENDAFTARAN PROGRAM PENJANA KPT-CAP

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan program yang ditawarkan, anda boleh hubungi Pn Azama di talian 011 1159 8003.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma