Permohonan Bantuan Cakna Hawa RM100 Secara One-Off Kepada Golongan Wanita

Kerajaan Negeri Kelantan menghargai golongan wanita dengan memperkenalkan BANTUAN CAKNA HAWA khas untuk golongan pekerja wanita yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000.00 ke bawah. Bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan, jasa dan khidmat yang telah dicurahkan kepada masyarakat.

Bantuan ini disediakan juga bagi membantu golongan yang mengalami kesusahan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara dan menyebabkan sebilangan besar rakyat kehilangan punca pendapatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut dan cara buat permohonan Bantuan Cakna Hawa yang ditawarkan.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Bantuan Cakna Hawa mestilah dihantar sebelum tarikh berikut:

  • Tarikh tutup: 22 Ogos 2021

KADAR BANTUAN

Bantuan Cakna Hawa akan diberikan kepada wanita yang layak seperti berikut:

  • Bantuan secara one-off sebanyak RM100.00
  • Terhad untuk 100 orang wanita yang bekerja di setiap DUN

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN CAKNA HAWA

Antara syarat kelayakan permohonan Bantuan Cakna Hawa adalah:

  • Wanita yang bekerja
  • Anak kelahiran Kelantan dan menetap di Kelantan
  • Berumur 18 hingga 60 tahun
  • Penerima bukan terdiri daripada Armalah dan Surirumah
  • Berpendapatan Isi Rumah di bawah RM3,000 sebulan dan ke bawah
  • Mempunyai 3 orang anak atau lebih di bawah tanggungan
  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap sebelum dikembalikan
  • Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses

CARA MOHON BANTUAN CAKNA HAWA

Permohonan terhad kepada 100 orang PER DUN. Wanita yang ingin buat permohonan mestilah lengkapkan borang permohonan yang disediakan dan dihantar secara manual atau email ke alamat berikut:

  • Serahan ke:
    Pejabat UKeKWa, Aras 2 Blok 2,
    Kompleks Kota Darulnaim,
    15503, Kota Bharu Kelantan
    ATAU
  • Email ke:
    unitpembangunanwanita@gmail.com
    ATAU
  • Pos ke alamat:
    Pejabat Urus Setia Kebajikan,
    Pembangunan Keluarga dan Wanita,
    Aras 2 Blok 2, Kompleks Kota Darulnaim,
    15503 Kota Bharu Kelantan

Klik butang di bawah untuk download borang permohonan Bantuan Cakna Hawa:

borang permohonan bantuan cakna hawa

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama semua dokumen berikut:

  • Borang permohonan
  • Satu salinan kad pengenalan pemohon dan suami
  • Satu salinan penyata gaji/ pencen/ PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang disahkan oleh Penghulu Mukim masing-masing
  • Satu salinan penyata bank terkini yang disahkan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pembangunan Wanita di talian WhatsApp berikut:

Permohonan Bantuan Cakna Hawa RM100 Secara One-Off Kepada Golongan Wanita

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma