Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tawaran Biasiswa Khas Wartawan (BKW) Sehingga RM1,200/ Semester Terbuka Buat Pelajar Master & PhD Di UPM

Oleh Cikgu Shaari • August 4, 2021 • 2 min baca

Tawaran Biasiswa Khas Wartawan (BKW) Sehingga RM1,200/ Semester Terbuka Buat Pelajar Master & PhD Di UPM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Universiti Putra Malaysia (UPM) kini membuka tawaran Biasiswa Khas Wartawan (BKW) semester pertama 2021/2022.

Permohonan ini adalah dibuka kepada pelajar dari kalangan wartawan yang mengikuti program Master Secara Kerja Kursus, Master secara Penyelidikan dan PhD di UPM mulai Semester Pertama Sesi 2021/2022. Skim ini diwujudkan bagi menghargai kebolehan dan simbangan kumpulan wartawan/ pengamal media.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut biasiswa yang ditawarkan dan panduan membuat permohonan.

NILAI PEMBIAYAAN

Pembiayaan ini hanya memberi pengecualian 100% kepada komponen yuran pembelajaran (Yuran kursus/ Course Fee) sahaja iaitu:

  • Master Secara Kerja Kursus (MSKK)
    – RM500 setiap semester dan terhad kepada 3 semester sahaja
  • Master Sains (Kluster Sains Sosial)
    – RM700 setiap semester dan terhad kepada 4 semester sahaja
  • PhD (Kluster Sains Sosial)
    – RM1,200 setiap semester dan terhad kepada 6 semester sahaja

Pelajar masih perlu membayar yuran lain seperti caj perkhidmatan, ko-kurikulum, aktiviti pelajar, perpustakaan, kejikan, tesis, alumni dan  pendaftaran serta yuran kredit (bagi pelajar MSKK) sahaja.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Terbuka kepada kalangan wartawan yang telah mendapat tawaran kemasukan di UPM di bawah program Master Secara Kerja Kursus, Master secara Penyelidikan dan PhD
  • Bagi pelajar yang telah mendaftar (berada di semester satu hingga semester kedua pengajian sahaja) status pengajian pelajar mestilah aktif. Status probation atau tangguh pengajian akan membatalkan pemberian biasiswa ini
  • Pemohon tidak menerima apa-apa bentuk bantuan kewangan lain.

CARA MEMOHON

Calon yang berminat untuk dapatkan biasiswa yang ditawarkan boleh buat permohonan dengan melengkapkan Borang permohonan secara manual daripada laman web Sekolah Pengajian Siswazah di laman berikut:

Permohonan mestilah dihantar selewat-lewatnya pada 20 Ogos 2021 dengan memastikan penasihat/ Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Dekan Fakulti/ Sekolah atau Pengarah Institut turut menyokong permohonan anda sebelum tarikh tutup permohonan.

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • sgs_financialaid@upm.edu.my

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.