Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru • Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •

Kemasukan Pelajar Baharu Program Asasi & Diploma Sesi 2021/2022 Secara Online

Oleh Cikgu Shaari • August 2, 2021 • 2 min baca

Kemasukan Pelajar Baharu Program Asasi & Diploma Sesi 2021/2022 Secara Online
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pengajian Tinggi komited dalam menjayakan aspirasi Kerajaan semasa Pelan Pemulihan Negara bagi menangani penularan wabak Covid-19. Mengambil kira situasi semasa di dalam negara, Kementerian ingin memaklumkan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar baharu program Asasi dan Diploma sesi akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

Walau bagaimanapun, Universiti Awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan pelajar Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kemasukan pelajar baharu program Asasi dan Diploma sesi 2021/2022.

KEMASUKAN PELAJAR BAHARU ASASI & DIPLOMA SESI 2021/2022

KPT telah memaklumkan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar baharu program Asasi dan Diploma sesi 2021/2022 akan dijalankan seperti berikut:

  • Sepenuhnya secara dalam talian
  • Bermula pada Ogos 2021
Nota: Pelajar tidak perlu hadir ke institusi pengajian tinggi masing-masing sehingga dimaklumkan kelak.

PERTIMBANGAN KEMASUKAN PELAJAR SECARA FIZIKAL

Universiti Awam (UA) boleh mempertimbangkan kemasukan pelajar Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula pada:

  • Oktober 2021; atau
  • Semester berikutnya

Kemasukan adalah bergantung kepada kesediaan dan ketetapan UA masing-masing. Pelajar akan dimaklumkan lebih awal berkenaan kemasukan pelajar ke universiti.

PERTANYAAN LANJUT

Bagi sebarang pertanyaan lanjut berkenaan kemasukan pelajar baharu program Asasi dan Diploma, para pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi:

  • Bilik Gerakan Covid-19 KPT : 03 8870 6777/ 6949/ 6628; atau
  • Layari laman web IPT; atau
  • Hubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing

Para pelajar dan ibu bapa diminta untuk sentiasa ambil perhatian dengan pengumuman-pengumuman semasa yang dikeluarkan oleh pihak KPT.

Kemasukan Pelajar Baharu Program Asasi & Diploma Sesi 2021/2022 Secara Online

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.