GENIUS iKurnia KPM: Daftar Kursus Online Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Percuma & Sijil Disediakan
Program GENIUS Kurnia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Kursus dalam Talian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Kursus ini merupakan kursus dalam talian baharu yang menerangkan dengan terperinci mengenai panduan strategi intervensi bagi kanak-kanak bekeperluan khas.
Kursus ini boleh diikuti secara dalam talian dibangunkan khusus kepada guru-guru dan ahli terapi dalam menjalankan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas, selain turut dibuka penyertaannya kepada individu-individu yang berminat mendalami pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kursus online yang ditawarkan dan cara buat pendaftaran bagi yang berminat.
Isi Kandungan
IKURNIA: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas menawarkan maklumat bagi komuniti khususnya guru-guru yang mendidik kanak-kanak berkeperluan khas. Kursus ini menerangkan aspek penting yang perlu dititikberatkan ketika mendidik atau menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi kanak-kanak berkeperluan khas.
Antara aspek penting tersebut adalah:
- kaedah penaksiran yang perlu dijalankan,
- kaedah pembangunan Pelan Pendidikan Individu dan Keluarga (PPIK),
- aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dan sebagainya.
Kursus dalam talian yang tidak mengenal sempadan ini secara tidak langsung dapat membantu guru-guru mendidik kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih berkesan lagi.
KELEBIHAN KURSUS
Antara kelebihan kursus yang ditawarkan adalah:
- PERCUMA dan akses 24 jam
- E-Sijil disediakan
- Terima mata jam kredit untuk SPLKPM dan MyCPD (tertakluk pada terma dan syarat)
MANFAAT KURSUS
- Peserta dapat menyatakan pengalaman yang dihadapi oleh para ibu bapa dan guru yang mendidik anak berkeperluan khas
- Peserta dapat menyenaraikan langkah-langkah penaksiran yang dijalankan untuk kanak-kanak berkeperluan khas
- Peserta dapat menerangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keadaan dan situasi kanak-kanak
- Peserta dapat menjelaskan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas
MODUL KURSUS
Modul dalam kursus ini merangkumi:
- Modul 1: Perkongsian Pengalaman
- Modul 2: Pentaksiran
- Modul 3: Strategi Pengajaran
- Modul 4: Aktiviti Pembelajaran
CARA DAFTAR
Individu yang berminat untuk daftar kursus online iKurnia yang ditawarkan boleh buat pendaftaran sekarang di laman berikut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan kursus online iKurnia Pendidikan Awal Kanak-kanak berkeperluan khas, anda boleh rujuk di laman www.openlearning.com.