“Mak Ayah Suruh Kerja Gomen”. Cikgu Ini Tunjuk Cara Nak Mohon SPA9 Dengan Betul

Bila tamat sahaja pengajian, setiap graduan atau lepasan SPM pasti mengimpikan untuk bekerja dalam Perkhidmatan Awam. Bukan graduan sahaja, ibu bapa pun sangat berharap anak-anak mereka berjaya memasuki Perkhidmatan Awam. Ini kerana ramai yang tahu bagaimana jaminan yang diberikan oleh Perkhidmatan Awam kepada Penjawat Awam dalam sektor ini.

Banyak tau kelebihan bekerja dalam sektor ini termasuk manfaat kepada ibu bapa, sebab itulah ramai yang terkejar-kejar! Namun tak semua orang tahu macam mana nak mohon kerja kerajaan. Untuk makluman anda, kerajaan sediakan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) untuk kemudahan rakyat Malaysia buat permohonan kerja kerajaan.

Menerusi laman TikTok, Cikgu Zeti Norani telah kongsikan langkah-langkah membuat permohonan kerja kerajaan melalui SPA9.

PERKONGSIAN TIKTOK CARA MOHON KERJA DI SPA9

Berikut adalah perkongsian Cikgu Zeti Noraini di TikTok mengenai cara buat permohonan kerja melalui SPA9:

@zetinoraniSiapa nak mohon kerja gomen.. boleh try isi ya. Jawatan ikut tahap pendidikan. Good luck #shouldbeme #tiktokmalaysia #gurutiktok #gurumalaysia♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

PANDUAN LENGKAP DAFTAR SPA9 DAN MOHON KERJA

Untuk penerangan yang lebih jelas berkenaan pendaftaran kerja kerajaan dan permohonan kerja melalui SPA9, anda boleh rujuk manual lengkap pendaftaran dan permohonan SPA9 di bawah:

PANDUAN DAFTAR SPA9 & mohon kerja

Dah buat permohonan kerja melalui SPA9 tetapi TIDAK PERNAH atau JARANG melepasi tapisan SPA? Anda dinasihatkan untuk semak:

Sebelum mohon jawatan, calon dinasihatkan untuk rujuk Trend Pelantikan Jawatan untuk elakkan tersalah pilih jawatan. Pastikan anda pilih jawatan yang buat pengambilan yang banyak setiap tahun untuk mudah anda mendapat tawaran!

INFO PENTING PENDAFTARAN KERJA SPA9

Berikut adalah maklumat pendaftaran pekerjaan dalam SPA9 yang anda perlu tahu:

  • Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
  • Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
  • Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower, iaitu:
    a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
    b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
    c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.

Lepasan SPM boleh semak SENARAI JAWATAN SPA9 YANG BOLEH DIMOHON OLEH LEPASAN SPM.

Semoga bermanfaat!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma