Daftar Karnival Jom Kerja: Sertai Temu Duga & Terima Insentif RM1,000 Jika Dapat Kerja
Berita baik buat pencari kerja di luar sana terutamanya graduan dan pekerja yang diberhentikan kerja! PERKESO Selangor akan mengadakan Temu Duga Terbuka Jom Kerja 2021 secara bersemuka pada 17 November 2021 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
Pelbagai peluang pekerjaan melibatkan pelbagai majikan menanti anda! Anda hanya perlu buat pra-pendaftaran untuk sertai temu duga yang akan dijadualkan nanti. Apa yang lebih menarik adalah pemohon yang berjaya mendapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima Insentif Mobiliti sehingga RM1,000!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lebih lanjut berkenaan karnival kerjaya yang dilaksanakan dan cara buat pra-pendaftaran bagi yang berminat untuk sertai.
Isi Kandungan
MAKLUMAT KARNIVAL
- Nama Program: Karnival Jom Kerja 2021
- Anjuran: PERKESO Selangor
- Tarikh: 17 November 2021 (Rabu)
- Masa: 9 pagi hingga 4 petang
- Tempat: Dewan MPAJ Kg Ampang Indah
INSENTIF MOBILITI SEHINGGA RM1,000
Insentif Mobiliti merupakan satu inisiatif oleh Kementerian Sumber Manusia dengan matlamat untuk menggalakkan golongan belia terutamanya untuk mencari pekerjaan dari satu tempat ke satu tempat lain.
Pemohon yang dapat penempatan kerja melalui karnival ini akan terima insentif sebanyak:
- Sehingga RM1,000
Baca lebih lanjut: Mohon Bantuan Mobiliti RM1000 Secara “One-off” Jika Dapat Penempatan Kerja
MAJIKAN TERLIBAT
Antara majikan yang terlibat menawarkan jawatan kosong di Karnival Jom Kerja 2021 adalah:
SENARAI JAWATAN DITAWARKAN
Berikut adalah senarai jawatan kosong yang ditawarkan di temuduga terbuka Karnival Jom Kerja 2021:
CARA DAFTAR
Pencari kerja di luar sana yang berminat untuk sertai temu online yang ditawarkan boleh buat pendaftaran secara online sekarang melalui pautan berikut:
daftar karnival jom kerja 2021
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Puan Ain di talian 019 256 6259 atau En Ali di talian 013 557 4260.