Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP Untuk Terima TAC/ OTP
Anda tukar nombor telefon atau nombor telefon yang anda daftarkan untuk akaun KWSP anda sudah tidak aktif? Untuk makluman anda, untuk membuat permohonan Pengeluaran Khas KWSP yang baru dibuka ini, anda perlu gunakan nombor telefon yang telah didaftarkan sebagai pengesahan.
Individu yang sudah tidak gunakan nombor telefon yang didaftarkan boleh kemaskini nombor telefon masing-masing bagi memudahkan urusan pengeluaran dan terima TAC/ OTP. Kemaskini nombor telefon KWSP boleh dibuat melalui beberapa kaedah.
Ikuti perkongsian di bawah untuk panduan lengkap kemaskini nombor telefon KWSP anda.
Isi Kandungan
CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON KWSP
Ahli KWSP yang ingin kemaskini nombor telefon boleh buat melalui kaedah berikut:
Secara Online
Untuk makluman anda, buat masa sekarang masih tiada kaedah yang disediakan untuk orang ramai buat pengemaskinian nombor telefon KWSP untuk penerimaan TAC/ OTP secara online. Anda boleh gunakan 2 kaedah lain yang disediakan.
Kemaskini Di Kiosk KWSP
- Hadir ke KIOSK KWSP berdekatan dengan anda.
Semak: Senarai KIOSK KWSP Seluruh Negeri - Masukkan kad pengenalan ke dalam kiosk KWSP
- Imbas ibu jari bagi tujuan pengecaman Cap Ibu Jari
- Pilih transaksi KEMASKINI NO TELEFON BIMBIT UNTUK TAC
- Sila kemaskini nombor telefon anda, tekan KEMASKINI
- Siap!
Kemaskini Di Kaunter KWSP
- Buat Janji Temu Online KWSP untuk hadir ke kaunter
- Hadir ke kaunter KWSP mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
- Isi borang kemaskini maklumat ahli
- Serahkan borang kemaskini ke kaunter
- Siap!
Mudah kan? Bagi Ahli yang nak mohon Pengeluaran Khas KWSP tetapi nombor telefon yang didaftarkan tidak aktif, anda juga boleh menjawab semua soalan sekuriti dengan portal di portal Pengeluaran Khas untuk meneruskan urusan permohonan pengeluaran.
Langkah ini tidak memerlukan anda untuk kunci masuk OTP. Hal ini bertujuan untuk memastikan pemohon adalah ahli KWSP sebenar.
Semoga bermanfaat!