Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia KPM (Akademi Pintar Cerdas). Kekosongan Guru, Kaunselor & Pengetua
Permohonan Jawatan Kosong di Akademi Pintar Cerdas, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM kini di buka. Kekosongan yang ditawarkan bagi ambilan kali ini adalah untuk pengisian jawatan Guru, Kaunselor dan juga Pengetua Akademi Pintar Cerdas.
Baca juga: Permohonan Guru IPG
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Akademi Pintar Pendang, Kedah.
Di bawah merupakan kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Isi Kandungan
KEKOSONGAN JAWATAN
JAWATAN |
BIDANG |
KELAYAKAN KHUSUS |
PENGETUA GRED DG52 | Pengurusan dan Pentadbiran |
Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Sains / Teknologi / Kejuruteraan / Matematik; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 10 tahun; serta Pengalaman pentadbiran sekurang-kurangnya 5 tahun.Mempunyai sijil NPQEL/ NPQH |
GURU PENOLONG KANAN GRED DG48 | Pentadbiran Hal Ehwal Murid Kokurikulum | Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Umum; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun. |
GURU KAUNSELING | Bimbingan & Kaunseling (B&K) ATAU Psikologi Klinikal / Kaunseling Klinikal |
Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Kaunseling/ Psikologi; atau Sarjana/ Sarjana Muda Psikologi Klinikal / Kaunseling Klinikal. |
GURU AKADEMIK (BIDANG STEM) | Matematik, Fizik, Kimia, Biologi | Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Sains / Teknologi / Kejuruteraan / Matematik; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun. |
GURU AKADEMIK | Bahasa Melayu Bahasa, Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam/Moral, Psikologi / B&K Pendidikan Asas, Jasmani dan Kesihatan (PAJK)Performing Art / Seni Visual Computer Programming ICT, Perdagangan, Muzik, Falsafah, Penyelidikan | Sarjana/ Sarjana Muda Bidang Berkaitan Mata Pelajaran; dan Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun. |
BAGAIMANA MOHON
Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan disediakan di bawah sebelum 30 April 2020.