Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan Melalui Panggilan Telefon Setiap Negeri
Kerajaan sedar bahawa barangan keperluan asas amat penting bagi golongan yang memerlukan. Sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan kerajaan kepada setiap Ahli Parlimen sebagai tambahan khusus demi tujuan Program Bakul Makanan selain Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Individu yang memerlukan bantuan bekalan makanan tidak perlu bersusah payah mengibar bendera, Ahli Parlimen anda sedia berkhidmat hanya dengan SATU PANGGILAN TELEFON.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan membuat permohonan Bantuan Bakul Makanan.
Isi Kandungan
OBJEKTIF BANTUAN BAKUL MAKANAN
Objektif Bantuan Bakul Makanan adalah seperti berikut:
- Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan
- Sebagai salah satu cara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia
- Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu
CARA MOHON BANTUAN BAKUL MAKANAN
Orang ramai yang memerlukan Bantuan Bakul Makanan yang membekalkan keperluan asas boleh dapatkan bantuan masing-masing dengan hubungi nombor telefon Pusat Khidmat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.
Semak senarai nombor telefon semua Pusat Khidmat Ahli Parlimen setiap kawasan di bawah:
Mohon Bantuan Bakul Makanan JKM
Bantuan Bakul Makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) boleh dibuat secara online dengan langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
- Pergi ke bahagian Bantuan Bakul Makanan dan isi borang tersebut
- Hantar borang yang lengkap diisi melalui emel
- Permohonan anda selesai dan akan diproses dalam tempoh 30 hari masa bekerja
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi JKM atau Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.
Semoga bermanfaat!