Tarikh Kemasukan Sekolah Bagi Murid Kelas Peperiksaan Di Negeri Yang Beralih Ke Fasa 2

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk pengumuman YB Menteri Kanan Pertahanan pada 3 Julai 2021 berkaitan peralihan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2021.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN, sekolah dibenarkan beroperasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka, tetapi terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja. MKN juga memberi kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.

Bila sekolah akan dibuka dan pembelajaran secara bersemuka akan bermula? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut.

SOP PERSEKOLAHAN FASA 2

Prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN:

  • Sekolah dibenarkan beroperasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka
  • Persekolahan terhad kepada kelas peperiksaan sahaja
  • Kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru dan murid kelas peperiksaan yang terlibat sekiranya sekolah dibuka.

Baca juga: Fasa Kawalan Pergerakan: Sektor & Aktiviti Yang Dibenarkan Pada Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 & Fasa 4

TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media pada 6 Jun 2021.

Anda boleh muat turun Takwim Persekolahan tahun 2021 di bawah:

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2021

TARIKH KEMASUKAN SEKOLAH

Berdasarkan Takwim Persekolahan, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B.

Pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya dijadualkan pada:

  • 25 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan A
  • 26 Julai 2021 bagi negeri Kumpulan B

Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah akan dibuat oleh KPM sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus menunggu makluman terbaru daripada pihak KPM.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma