Kaunter KWSP Dibuka Semula Mulai 1 Julai 2021, Buat Janji Temu Dahulu
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 1 Jun 2021 lalu, semua kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah ditutup. Namun, kini KWSP telah memaklumkan akan membuka semua semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara untuk perkhidmatan terpilih.
Kaunter KWSP akan mula dibuka semula bermula 1 Julai 2021 dari 8 pagi hingga 2 petang sahaja pada hari bekerja. Ahli yang ingin berurusan di kaunter mestilah buat Janji Temu Online terlebih dahulu sebelum hadir ke cawangan KWSP.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut perkhidmatan KWSP sepanjang tempoh PKP dan cara buat Janji Temu Online.
Isi Kandungan
WAKTU OPERASI
Waktu operasi KWSP mulai 1 Julai 2021 adalah seperti berikut:
- 8.30 pagi hingga 2 petang
PERKHIDMATAN TERPILIH
Berikut adalah antara perkhidmatan yang terpilih mulai 1 Julai 2021:
- Pengeluaran Kesihatan
- Pengeluaran Kematian
- Pengeluaran Umur 50/55/60
- Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluaran
Baca juga: i-Citra KWSP: Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP RM5,000
CARA BUAT JANJI TEMU ONLINE
Pastikan anda membuat Janji Temu Online (JTO) untuk mendapatkan semua perkhidmatan ini. Janji Temu Online boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Pergi ke pautan kwsp.gov.my/ms/janjitemu
- Pilih Negeri dan Cawangan anda. Klik Seterusnya
- Pilih JENIS URUSAN yang anda ingin lakukan di KWSP
- Pilih tarikh dan masa janji temu anda
- Lengkapkan Maklumat Peribadi anda
- Pastikan semua kotak ditandakan. Klik Buat Janji Temu
- Status pengesahan janji temu akan dipaparkan
- Anda akan menerima NOTIS PENGESAHAN sebagai rujukan melalui email atau SMS
Sebelum hadir ke cawangan KWSP pada masa janji temu, pastikan anda:
- Muat turun aplikasi MySejahtera
- Imbas Kod QR
- Daftar masuk janji temu online
GARIS PANDUAN JANJI TEMU ONLINE
Berikut adalah garis panduan untuk Janji Temu Online:
- Ahli hanya boleh hadir di cawangan dengan membuat janji temu melalui saluran Janji Temu Online di pautan www.kwsp.gov.my
- Semua ahli mesti menjalani pemeriksaan suhu dan mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis cawangan
- Semua ahli dikehendaki mematuhi langkah-langkah penjarakan sosial yang ditetapkan pada setiap masa ketika berada di dalam premis cawangan
Semoga bermanfaat!