MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham • MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •

Cara Mohon Bantuan Khas OKU RM500 Secara One-Off YAWAS

Oleh Cikgu Shaari • July 6, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Bantuan Khas OKU RM500 Secara One-Off YAWAS
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pakej KITA SELANGOR 2.0 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 9 Jun 2021 yang lalu telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor.

Bantuan Khas ini akan diberikan secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap pemohon yang diluluskan permohonan dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Sasaran sebanyak 1,200 permohonan yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan bantuan khas OKU.

OBJEKTIF BANTUAN

Bantuan Khas OKU disediakan dengan matlamat untuk:

  • Membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sama ada kehilangan pekerjaan tetap, pengurangan gaji ataupun hilang punca pendapatan bagi yang berniaga

SYARAT & KELAYAKAN

Pemohon mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemegang Kad OKU JKM Selangor
  • OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19
  • Merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor ATAU Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
  • Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga
  • Had maksima pendapatan isi rumah RM3,000

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Permohonan mestilah dihantar bersama semua dokumen berikut;

  • Borang permohonan yang telah dicetak
  • Cop pengesahan mastautin bagi pemohon bukan kelahiran Selangor (pengesahan boleh dibuat terus pada borang)
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor
  • Salinan slip gaji terakhir dan surat pemberhentian pekerjaan sekiranya telah diberhentikan
  • Salinan surat pemakluman pemotongan gaji oleh majikan sekiranya gaji dipotong
  • Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN, Ahli Parlimen, Ketua Kampung/ Penghulu/ Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat)
  • Salinan penyata akaun bank (Tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun)

MAKLUMAT PENTING PERMOHONAN

Had bantuan bagi setiap pemohon adalah berjumlah RM500 bersifat one-off bagi setiap permohonan yang berjaya. Permohonan akan dibuka bermula 1 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021.

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui laman web berikut:

Adalah diingatkan selepas permohonan dibuat, borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen yang diperlukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan. Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan bantuan tidak akan diproses.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.