MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham • MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •

Cara Mohon Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) RM3,000 Buat Penggiat Sektor Sukan & Rekreasi

Oleh Cikgu Shaari • July 6, 2021 • 2 min baca

Cara Mohon Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) RM3,000 Buat Penggiat Sektor Sukan & Rekreasi
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) merupakan sebuah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam menyuntik sinergi dalam kalangan pemain dan penggiat sektor sukan dan rekreasi terutamanya yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Menerusi GPIS, KBS akan memberikan bantuan geran secara one-off sebanyak RM3,000.00 kepada operator dan pengusaha fasiliti serta kemudahan sukan dan rekreasi yang layak TERTAKLUK kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut geran yang ditawarkan dan panduan membuat permohonan.

OBJEKTIF GPIS

Antara objektif pelaksanaan Geran Prihatin Industri Sukan adalah untuk:

  • Membantu meringankan impak dan beban pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi yang berkesan berikutan pandemik COVID-19.
  • Menyuntik sinergi baharu terutamanya bagi menstabilkan semula perniagaan berikutan pasca COVID-19.
  • Memperkukuhkan kerjasama KBS bersama pemain dan penggiat industri sukan dan rekreasi melalui kerjasama strategik dan persefahaman pintar.

Cara Mohon Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) RM3,000 Buat Penggiat Sektor Sukan & Rekreasi

SYARAT PERMOHONAN GPIS

Berikut adalah syarat kelayakan membuat permohonan GPIS:

  • Perniagaan/ syarikat adalah milik PENUH warganegara Malaysia
  • Berstatus Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dengan jumlah hasil jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM20 juta dan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 75 orang
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum atau pada 28 Februari 2021
  • Masih aktif menjalankan perniagaan (status pendaftaran perniagaan/ syarikat masih sah beroperasi)
  • Menjalankan perkhidmatan/ operasi berorientasikan premis fasiliti/ kemudahan sukan dan rekreasi komersial
  • Telah berdaftar di dalam sistem CIMS 3.0

CARA MOHON

Individu yang layak boleh buat permohonan melalui salah satu kaedah berikut:

Untuk mendapatkan maklumat tentang Geran Prihatin Industri Sukan ini, anda boleh hubungi talian berikut:

  • Tel: 03 8871 3585/ 3166/ 3246
  • Emel: gpis@kbs.gov.my

Cara Mohon Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) RM3,000 Buat Penggiat Sektor Sukan & Rekreasi

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.