MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham • MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •Calon Temuduga Guru Wajib Tahu: Jangan Terlalu Fokus Fail Sampai Abaikan Persediaan Sebenar •Malaysia MADANI: Maksud, 6 Tonggak KEMAHI & Kepentingan Kepada Calon Guru •Perbezaan PDPP vs CoS: Ramai Masih Keliru, Ini Penjelasan Paling Mudah Faham •

Pelaksaaan Program Jom Masuk IPT Virtual 2021 Untuk Lepasan SPM & STPM

Oleh Cikgu Shaari • June 14, 2021 • 2 min baca

Pelaksaaan Program Jom Masuk IPT Virtual 2021 Untuk Lepasan SPM & STPM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) berperanan menyelaras permohonan, pemprosesan, pemilihan dan rayuan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik; Kolej Komuniti; dan ILKA bagi pengajian peringkat SIjil, Asasi, Diploma dan Program Ijazah Sarjana Muda melalui UPUOnline.

Seperti dimaklumkan, fasa pengemaskinian UPUOnline buat lepasan SPM yang telah mendapat keputusan SPM masing-masing adalah bermula 15 Jun 2021. Pemohon boleh mengemaskini semula pilihan program pengajian berdasarkan keputusan SPM 2020 kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga.

Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi akan melaksanakan program Jom Masuk IPT Virtual 2021 (Virtual 2021).

FASA PENGEMASKINIAN UPUONLINE

Fasa pengemaskinian UPUOnline dibuka selama 7 hari mulai:

  • 15 Jun 2021 sehingga 21 Jun 2021

Baca: Tips & Panduan Kemaskini UPUOnline Selepas Terima Keputusan

TARIKH HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPUONLINE

Hebahan keputusan permohonan UPUOnline lepasan SPM Sesi Akademik 2021/2022 dijangka dibuat pada:

  • Minggu ketiga Julai 2021

PROGRAM JOM MASUK IPT VIRTUAL 2021

JMIPT Virtual 2021 melibatkan penyertaan semua:

  • UA;
  • Politeknik;
  • Kolej Kominiti;
  • ILKA;
  • MQA;
  • PTPTN dan
  • Bahagian Biasiswa, KPT

JMIPT virtual 2021 menyediakan 29 slot webinar, sesi live chat dan konsultasi secara berkelompok dan individu oleh pempamer secara virtual. Kementerian turut mengekalkan jaringan komunikasi sedia ada iaitu talian Hotline, Sistem Maklumat Balas dan emel rasmi sepanjang program berlangsung.

TARIKH PROGRAM JMIPT VIRTUAL 2021

Program ini terbahagi kepada dua fasa iaitu:

  • Fasa Pertama (pemohon lepasan SPM):
    15 Jun hingga 21 Jun 2021
  • Fasa Kedua (pemohon lepasan STPM/Setaraf)
    8 Ogos  hingga 12 Ogos 2021
  • Masa:
    9 pagi hingga 5 petang

Klik pautan berikut untuk ikuti program JMIPT Virtual 2021 pada tarikh yang ditetapkan:

KPT ingin menjemput semua pihak khususnya pemohon, ibu bapa, penjaga guru bimbingan dan kaunseling serta orang awam untuk bersama-sama menyertai program JMIPT Virtual 2021. Kementerian mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon-pemohon UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPT di talian 03 8870 8200 atau emel ke alamat upu@mohe.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.