Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Musaadah Covid-19 Sebanyak RM500 Setiap Orang

Prihatin dengan golongan yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta bagi Bantuan Zakat Kecemasan.

Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan PKP akibat penularan wabak COVID-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Bantuan Zakat kecemasan MAIWP.

OBJEKTIF BANTUAN

Antara objektif bantuan diberikan adalah untuk:

  • Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
  • Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

PEMOHON YANG LAYAK

Mereka yang boleh memohon adalah:

  • Pemandu teksi/ e-hailing
  • Pengawal kecemasan
  • Peniaga-peniaga kecil
  • Hilang pekerjaan akibat Covid-19
  • Lain-lain golongan yang terkesan akibat Covid-19

Dua syarat utama yang melayakkan pemohon menerima bantuan adalah:

  • Pemohon tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
  • Pemohon bukan merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitumal MAIWP

KADAR BANTUAN

Mereka yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 dan akan disalurkan sebelum 31 Disember 2020.

CARA MOHON

MAIWP telah membuka permohonan Bantuan Zakat Kecemasan secara dalam talian mulai 16 November 2020 sehingga 27 November 2020. Sekiranya anda berkelayakan dan memerlukan bantuan yang ditawarkan, mohon sekarang di pautan berikut:

Individu yang belum pernah memohon zakat MAIWP melalui laman permohonan tersebut perlu mendaftar sebagai Pengguna Baru. Anda perlu mengisi maklumat dan memuatnaik semula dokumen yang diperlukan.

Mohon Bantuan Zakat Kecemasan Musaadah Covid-19 Sebanyak RM500 Setiap Orang

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma