Jadual Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Calon 2020 & 2021 Mulai September 2021

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil perhatian dan memahami keresahan ibu bapa berkaitan pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi calon tahun 2020 dan 2021 yang dilaksanakan secara serentak pada tahun 2021.

Menyedari perkara tersebut, JAKIM sekali lagi ingin memaklumkan tentang kaedah yang sedang dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan KAFA pada tahun ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pelaksanakaan UPKK calon 2020 dan 2021 pada tahun 2021.

SUBJEK UPKK

UPKK mempunyai 8 subjek yang terdiri daripada:

  • Dua subjek amali
  • Satu subjek ujian lisan
  • Lima subjek bertulis

Bagi dua subjek penilaian amali iaitu Mata Pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam, penilaian telah bermula dari awal takwim persekolahan tahun 2021. Ia berdasarkan penilaian sepanjang sesi persekolahan termasuk sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP dengan mengambilkira ujian bulanan dan aktiviti dalam dan luar bilih darjah.

Selain itu, Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK, yang dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing.

MATA PELAJARAN AL-QURAN

Bagi Mata Pelajaran al-Quran yang merangkumi:

  • Ujian Lisan Tadarus dan Tilawah al-Quran
  • Hafazan dan Tafsir al-Quran

Ia dinilai oleh Guru KAFA sekolah masing-masing yang dijadualkan bermula pada 1 hingga 30 September 2021.

SUBJEK BERTULIS

Manakala lima subjek bertulis iaitu:

  • ULUM Syari’ah (Aqidah dan Ibadah)
  • Sirah Jawi dan Khat
  • Adab Kertas 1 & 2
  • Lughatul Quran

Akan dilaksanakan pada 4 hingga 7 Oktober 2021. Sukacita dinyatakan juga, lima subjek bertulis tersebut bukan hanya peperiksaan bertulis semata-mata. Setiap subjek yang dirangka dalam kurikulum UPKK turut merangkumi aspek penghayatan dan amalan cara hidup Islam dalam kehidupan harian.

jadual upkk 2021

Sehingga kini, UPKK masih kelas relevan dan ia terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian tersebut. Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat untuk menjadikan pendidikan KAFA sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah.

Jadual Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Calon 2020 & 2021 Mulai September 2021 Jadual Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Calon 2020 & 2021 Mulai September 2021 Jadual Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Calon 2020 & 2021 Mulai September 2021

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma