Program Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia Kini Di Buka

MARA menawarkan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar cemerlang yang layak untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti terbaik dunia.

Program ini bertujuan untuk melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan boleh bersaing di peringkat antarabangsa. MARA telah menyenaraikan 30 universiti terbaik dunia bagi tahun 2020.

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan Program WTU (Universiti Terbaik Dunia) beserta cara membuat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat Umum

Antara syarat umum kelayakan untuk membuat permohonan pinjaman pelajaran ke universiti terbaik dunia adalah:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia dan salah seorang ibu ATAU bapa Bumiputera.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2020:
    – Ijazah Sarjana Muda = Tidak melebihi 30 tahun
    – Sarjana = Tidak melebihi 35 tahun
    – Doktor Falsafah = Tidak melebihi 40 tahun
  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat yang dimohon.
  • Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsy, penyakit genetik dan
    penyalahgunaan dadah.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Pemohon, Ibu, Bapa dan Penjaga tidak di senarai hitam atau dalam tindakan Undang Undang MARA.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik dan disiplin.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai peletakan jawatan daripada majikan.

Syarat Khusus

Antara syarat khusus kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada pelajar yang akan dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana / Doktor Falsafah di universiti terbaik dunia seperti senarai di bawah.
  • Bidang atau kursus yang diambil mestilah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Badan Profesional Malaysia.
  • Pendapatan Keluarga (Ibu dan ayah / penjaga) tidak melebihi RM60,000 sebulan atau tidak melebihi RM600,000 pendapatan bercukai tahunan.
  • Syarat kelayakan akademik mengikut peringkat adalah seperti berikut:
    Program Pinjaman Pelajaran Ke Universiti Terbaik Dunia Kini Di Buka

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh pinjaman bagi pelajar baharu adalah berdasarkan tempoh pengajian sebenar manakala bagi pelajar sedia ada tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun.

CARA MEMOHON PROGRAM PINJAMAN PELAJARAN KE UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web MyEduloan MARA dan membuat pendaftaran akaun untuk log masuk kali pertama.

Program Pinjaman Pelajaran Ke Universiti Terbaik Dunia Kini Di Buka

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Mei sehingga 25 Mei 2020. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

SENARAI UNIVERSITI BAGI PROGRAM PINJAMAN PENGAJIAN KE UNIVERSITI TERBAIK DUNIA

Berikut adalah senarai universiti terpilih bagi Program WTU (Universiti Terbaik Dunia) tahun 2020.

Program Pinjaman Pelajaran Ke Universiti Terbaik Dunia Kini Di Buka

Nota:

Penghantaran pelajar ke luar negara adalah bergantung kepada status terkini pandemik COVID-19 dan mendapat kebenaran daripada universiti dan pihak berkuasa negara yang terlibat.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 03-2613 2069/ 32115/ 32023 atau emel ke wtu@mara.gov.my. Anda juga boleh terus ke alamat berikut:

World’s Top Universities Programme (WTU)
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA,
Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA,
21 Jalan MARA,
50609 Kuala Lumpur.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma