Tawaran Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) Untuk Lepasan SPM Kini Dibuka 

Bank Negara Malaysia komited untuk memupuk bakat muda terunggul dalam kalangan rakyat Malaysia melalui program biasiswa yang kami tawarkan. Pemegang biasiswa kami akan memperoleh pengalaman pembelajaran terbaik di universiti terkemuka yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Lepasan SPM yang berminat dengan biasiswa yang ditawarkan boleh semak syarat kelayakan dan maklumat lanjut permohonan di perkongsian bawah.

TARIKH PERMOHONAN

Tawaran Biasiswa Kijang Bank Negara Malaysia dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 20 Mei 2024 – 9 Jun 2024

KOLEJ PRAUNIVERSITI YANG DILULUSKAN BNM

Berikut adalah senarai kolej prauniversiti yang diluluskan oleh BNM untuk menerima Biasiswa Kijang:

  • Nexus International School Malaysia
  • Sunway College (Bandar Sunway campus)
  • Sunway College (Johor Bahru campus)
  • Kolej Tuanku Ja’afar
  • EPSOM College in Malaysia
  • Taylor’s College
  • Kolej Yayasan UEM

PEMBIAYAAN BIASISWA

Biasiswa ini akan membiayai:

  • Yuran pembelajaran
  • Elaun sara hidup
  • Elaun-elaun lain yang berkaitan

SYARAT KELAYAKAN

Tajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda adalah tertakluk pada penerima biasiswa memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Bank:

  • Keputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
  • Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2024

Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di Bank dan terikat dengan Bank mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di Bank.

CARA MEMOHON

Individu yang berminat untuk mohon Biasiswa Kijang tajaan BNM boleh mohon sebelum tarikh tutup iaitu 9 Jun 2022 melalui pautan berikut:

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian.  Untuk maklumat lanjut, anda boleh emel ke alamat profiling@bnm.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma