Permohonan Penyemakan Semula Keputusan SPM & Kes “T” Kini Dibuka

Semakan keputusan SPM tahun 2022 kini telah dibuka secara online dan melalui SMS. Tahniah bagi calon yang mendapat keputusan yang cemerlang! Bagi calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diterima, anda boleh buat semakan semula keputusan SPM anda.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT) telah memaklumkan permohonan penyemakan semula keputusan dan penyemakan keputusan kes “T” bagi peperiksaan SPM Tahun 2021 dibuka bermula 16 Jun 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat permohonan penyemakan semula keputusan dan penyemakan keputusan kes “T” peperiksaan SPM.

TARIKH PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN

Calon SPM 2021 yang telah mendapat keputusan boleh buat permohonan penyemakan semula keputusan sepanjang tempoh berikut:

  • 16 Jun hingga 15 Julai 2022

BAYARAN BAYARAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM

Untuk makluman anda, kadar bayaran yang akan dikenakan untuk permohonan semakan semula keputusan SPM adalah seperti berikut:

  • Kadar bayaran semakan: RM100 setiap mata pelajaran

Nota: Kaedah bayaran untuk permohonan semakan semula keputusan SPM akan dinyatakan dalam portal ketikan membuat permohonan.

CARA MOHON SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SPM 2021

Permohonan semakan semula keputusan SPM boleh dibuat secara online seperti berikut:

  1. Layari https://elp.moe.gov.my

Setelah buat permohonan, anda boleh buat semakan status dan keputusan permohonan di laman web yang sama. Berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya keputusan adalah kekal atau berubah setelah buat semakan:

  • Kekal
    – Slip keputusan sedia ada
  • Berubah
    a) Calon sekolah – Hubungi sekolah asal
    b) Calon Persendirian – Hubungi Jabatan Pendidikan Negeri

CARA MOHON SEMAKAN BAGI KES “T”

Calon yang mendapat keputusan “T” boleh membuat permohonan penyemakan keputusan Kes “T”. Dengan syarat calon HADIR Ujian Bertulis dan melaksanakan Ujian Bertutur/ Ujian Mendengar/ Pentaksiran Pusat bagi mata pelajaran tersebut sekiranya ada.

TIADA SEBARANG CAJ dikenakan bagi semakan Kes “T”. Permohonan Kes “T” boleh dibuat melalui laman web berikut:

  1. Layari https://elp.moe.gov.my

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan permohonan semakan semula keputusan SPM, anda boleh hubungi Lembaga Peperiksaan melalui emel berikut:

  • khidmatbantu.lp@moe.gov.my

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan SPM 2020 Dibuka Sehingga 10 Julai 2021

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma