Tawaran Protege NAFAS Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang. Elaun RM2,000 Sebulan Diberi
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kini membuka pengambilan calon Protege terbuka buat graduan lepasan universiti dari pelbagai bidang pengajian. Calon yang layak mendapat penempatan akan mengikuti program selama 8 bulan meliputi kursus Soft Skills dan “On The Job Training”.
Graduan yang tiada pengalaman berkesempatan untuk mendapatkan latihan kerja dan pengalaman kerja yang sangat berguna untuk pembangunan kerjaya. Elaun bulanan dan pelbagai faedah lain disediakan buat calon sepanjang program.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program Protege NAFAS dan cara membuat permohonan.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROGRAM
- Nama Majikan: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
- Nama Program: Protege Trainee
- Tempoh: 8 Bulan (2 minggu kursus ‘Soft Skill’ selebihnya ‘On The Job Training’)
- Tempat Latihan: Ibu Pejabat NAFAS, Kota Damansara, Selangor
- Tarikh tutup permohonan: 15 Disember 2022
JURUSAN PENGAJIAN
Permohonan adalah terbuka kepada semua graduan universiti dari pelbagai jurusan berikut:
- Akaun/ Kewangan – 5 Kekosongan
- Pengurusan Sumber Manusia – 3 Kekosongan
- Pentadbiran Perniagaan – 3 Kekosongan
- Pemasaran/ Perniagaan Tani – 3 Kekosongan
- Pengurusan Peruncitan/ Logistik – 3 Kekosongan
- Pengurusan Sains Perladangan – 3 Kekosongan
- Undang-undang – 3 Kekosongan
- Teknologi Maklumat/ Multimedia – 3 Kekosongan
- Kejuruteraan – 3 Kekosongan
- Sains Pertanian/ Pengeluaran ternakan/ Penternakan Haiwan/ Hortikultur – 3 Kekosongan
- Komunikasi Korporat – 3 Kekosongan
- Corporate Secretarial – 3 Kekosongan
FAEDAH DIBERI
Graduan yang berjaya mendapat tawaran akan menerima faedah berikut sepanjang program:
- Elaun RM2,000 Sebulan
- Cuti tahunan 8 hari
- Cuti sakit 8 hari
- Bil perubatan RM200 (Semasa latihan)
- Caruman PERKESO & SIP
SYARAT KELAYAKAN
Permohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
CARA MOHON
Graduan yang berminat dengan program yang ditawarkan dan bersedia untuk ditempatkan latihan kerja di syarikat NAFAS boleh buat permohonan sebelum 15 Disember 2022. Permohonan boleh dibuat dengan EMEL RESUME TERKINI ke alamat berikut:
- hr@nafas.com.my
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:
- En. Faizal Afzan: 03 61441231
- Cik Norathirah: 03 6144 2084